Diri Sendiri


Salamun’alaikum.

Diharap semua sihat-sihat. Kalau yang sakit, makan ubat mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor. Jangan mengelat. Pahit dan tidak kena dengan selera tekak…=)

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Hurm… Mungkin kita tak suka sesuatu tempat. Rasa pelik, susah hati dan sebagainya. Tetapi seperti dalam maksud ayat Surah Al-Baqarah diatas, ada sesuatu yang kita tak tahu dan Allah Maha Mengetahui… Mungkin tidak segera sebaik memasukinya, akan datang yang kita tak tahu apa jalan ceritanya. Bersangka baik dan sentiasa harus padaNya… (Sangat semoga berjalan dijalan yang lurus)

Jangan termakan dengan kata-kata orang. Sebaiknya harus merasai pengalaman itu disesuatu tempat itu dulu. Yang baik cuba diikut, yang kurang itu pengalaman. Kita yang nak menjadi diri sendiri. Yang menjaga diri, diri sendiri. Mahu jalani kehidupan yang bagaimana, kita sendiri. Kita nak macam mana, diri sendiri. Apa-apa pun, kita harus diingatkan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Memerhati ada diatas sana… Pemilik Isi Sedunia… Seangkasa…

p/s : Suasana hati baru itu mungkin tidak sama seperti jejak sebelum ini, tetapi pelaku tak tahu apa yang Allah telah merencanakan kehidupanku di suasana baru. Tidak berputus meminta petunjukNya agar kuat.
Pabila teman berkata sesuatu. Jangan diambil kira. Kerana ‘Menunggu itu satu penyiksaan. Tidak berharap itu satu ketenangan.’
Ayuh… Kembali ke sekolah… [Ingin belajar cara hidup dan ilmu cikgu2…]


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS