Mencari Tapak Kaki Yang Diselindungkan...

Bismillah...
Cuti-cuti dah habis.
Kite sempat jumpa sehari semalam. Depa balik aarama.

Adik-adik...
Sekarang semuanya diasrama cuma Along yang dah berumahtangga.
Alhamdulillah...

Pastinya ibu ayah tak menyangka akan melahirkan Hafiz Hafizah... Along dah bergelar Tahfiz dan tiga orang adik sedang menuju jalan menjadi Hafizah. Doakan mereka. Allahuakbar...
Maka, nikmat manakah yang kamu dustakan?

Cerita Satu
Sabtu lepas (19 Mac 16), nampak kaki Adik bengkak sebesar bola pingpong seperti lebam yang amat sakit.

Alang : Astaghfirullah... Lebam mana ni? Jatuh ke? [kerutkan dahi sebab rasanya sakit sangat.Tengok dia senyum tenang. Awat dia ni, orang kata sakit ke idok?]
Adik : Ni hitam didunia. Di akhirat, ia putih berseri.
Alang : Ang jatuh kat mana? Awat mana tang berseri hitam putih la ni... [Dia tak faham kite cakap apa ke?]
Adik : Ni masa belajar duduk cara sunnah.
Alang : [ Dia senyum jer... Kite ni tak faham-faham lagi] Macam mana tu?
Adik : Duduk bersimpuh macam tahyat awal akhir. Kalau dah penat, tukar kaki.
[ Kite pun jengok kaki sebelah. Ya, dua-dua lebam. Kagum + malu ] Dia baru jer 15 tahun. Rasanya baru jer dulu2 dia suka garu gelikan kaki kite. Dia suka cakap macam ni... " Kak geli tak? Hehhehhe" Kite pura2 tak geli, tapi tak lama tu ketawa terkekek2 mak ilai2... Dia baru jer umur dua tiga tahun tika tu... Dan banyak lagi kenangan. Macam tak kenai dia bila dah sematang nii...

Cerita Dua
Adik yang lain. Yang ni Abang Ngah panggil Sunbae/Senior. Dia nampak jer kecik umur tapi ayat2 dia yang keluar dari mulut, padu + bernas. Takde sapa boleh lawan dia setakat ni. Jawapan dia direct tak kone2 macam orang beralasan...

Simpulnya, kita tak tahu kisah pengakhiran kite guane... Hurm... All the best sisters. Doakan mereka dan kita sokmo sekali deh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS