GURU

Guru saya guru dia dan guru kamu.
Semua orang ada guru atau sifu..
Lao shi..

Guru menurut Kamus Dewan, seorang yang mengajar, mendidik dan mengasuh.
Nak menjadi seorang guru, tidak semestinya perlu ada diploma, ijazah ataupun master. Itu cuma mungkin akan dipandang lebih mulia dari segi pangkat sahaja.
Kalau kita dapat belajar sesuatu yang berguna dari seseorang, dia adalah guru kita dari apa yang kita dapat ilmu atau nasihat darinya dalam sesuatu perkara atau hal.

Misalnya kalau kita terserempak dengan orang tua, dia menegur kita supaya jangan itu atau ini, memberi sebablagi kenapa dan kenapa. Dengan akal yang baik, kita terima kerana terdapat kebenaran terhadap kata-katanya itu, maka dsitu kita boleh menganggapnya sebagai guru.
Guru saya? Dulu saya bersekolah, sekarang saya masih lagi. Bezanya tempat itu ramai orang dan luas. Kolej. Kalau saya ditempat itu, disanalah guru saya yang akan mengajar saya tentang apa yang saya tak faham dalam bidang yang saya ambil.

TETAPI, Guru sebenar saya adalah EMAK saya, IBU saya, MA saya. Dialah cikgu, dialah kaunselor, dialah peguam, dialah akauntan, dialah ustazah, dialah itu dan dialah ini. Semua hal berkaitan masalah apa-apa sahaja, akan diberi jalan penyelesaian terbaik. Kalau tak tahu, dirujuknya pakar dengan menelefon kepada yang pakar dalam sesuatu masalah yang anak-anaknya atau ahli keluarganya yang lain supaya bila berbincang tentang sesuatu, ada ilmu didada untuk menegur.

Ya, itulah Ma saya. Dia kata kalau kita nak bercakap dengan orang, mesti ada ilmu. Jangan cakap sembarangan. Kalau tak tahu, lebih baik diam. Kerana ia hanya akan buat orang ketawa dalam hati kalau apa yang kita cakap itu tersimpang dari pokok bicara.

Jadi, kepada guru semua yang berada di mana-mana sahaja...
○○■SELAMAT HARI GURU■○○

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS