Otaku..
OtaKu
OTAKU...
Saya mula dengar perkataan ini dari rancangan 'GUESS GUESS GUESS'...
Otaku berasal dari perkataan bahasa Jepun yang bermaksud terlalu atau ekstrem terhadap hobi atau benda yang kita minat. Akan tetapi kebiasaannya ia dikaitkan dengan komik animasi, manga dan online-game.
Ciri-ciri OTaKu ni.. (hampir kesemuanya bersifat sedemikian)
Tak suka keluar rumah,
kurus,
tak pandai bergaul atau bersosial,
suka akan 'low profile',
2/3 sehari digunakan untuk memenuhi hobinya itu,
mengumpul komik,
mengumpul model yang limit,
dan apa yang penting lelaki..
Perempuan mungkin ada tetapi nilainya sedikit saja.
Ada satu Otaku ini, dia tak suka keluar rumah sebab masa kecik mak dia kata jalan raya sangat bahaya. Sejak tu, dia tak keluar hanya pergi sekolah saja. Itupun berteman.
Tetapi dengan dunia sekarang yang tidak lagi ada keselamatannya lagi,
bukan sebab jalan raya sahaja, tetapi masalah remaja seperti rempit,
Pro-Pra yang tidak profesional seperti progol, peragut dan perompak.
Semua itu menakutkan menyebabkan sesetengahnya tidak keluar.
Lebih baik duduk dirumah. Walaupun sedemikian, kebanyakan Otaku ini adalah pelajar, jadi tidak ada tanggungjawab untuk mencari wang atau keperluan hidup seperti makan minum dan tempat tinggal.
Tetapi ada juga yang mencari wang dengan menggunakan hobinya itu sebagai
pendapatan sampingan. Contohnya Otaku menghasilkan komik dan menjualkannya. Walaupun tidak dapat pulangan yang menguntungkan, sekurang-kurangnya
pulangan modal tetap ada...
Lagi.. Ciri-cirinya???
Otaku ini bagi daya adalah orang yang jujur dan tidak pandai berbohong.
Tidak kesemuanya.. Pemalu, segan untuk bercakap banyak.
Tetapi.. ada juga yang sesetengahnya kalau bercakap dengan orang luar
tiada 'traffic light'.. excited pulak bila dapat bercakap dengan orang.
p/s : Sekurang-kurang mereka dengan dunia yang tidak menyusahkan orang lain. Ibu-bapa pun suka barangkali sebab apa yang anak buat didepan mata sahaja...
OTAku.. OtAkU...
Hao Ke Ai..
Wo shi wang 'otaku' gao xing in their life.