Pengalamanku.. Seronoknya!!

Sebelum anda membaca, bacalah dengan Bismillah...


Terima kasih..Pada 24 Julai yang lalu, aku pergi ke program kawan.
Tajuknya "AKU DIBIUS TAQWA".
Wah! Tajuknya pun dah buat aku excited.

Mesti best nak timba ilmu..Aku jadi biro makanan..
Ya, orang boleh panggil aku Kak Makan..Tapi kerja tak banyak, mengantuk je lebih.
Memang minggu tu dari 20/7 sibuk sangat..Assignment dan midterm...
Tapi, bila lagi peluang ni nak datang.. Sebab tu terima..
Ikhlas atau tak Allah S.W.T yang menilainya..yang pengting aku nak pengalaman dan melihat dari belakang tabir..



Akhirnya sampai juga.. Alhamdulillah..Sekolah Menengah Sri Saujana..Sekolah tu ada aliran Arab. Ditubuhkan tahun 2002. Tetapi bercampur juga India dan paling banyak Cina juga. Pelajar yang ikut program tu nanti semuanya perempuan. Tinggal di asrama. Tingakatan 1,2 dan 4 sahaja. Yang lain untuk ada seminar untuk exam besar.


Mulalah program, taaruf dulu.. Alamak first time ni pegang mikrofon nak perklenalkan diri.. Gugup sampai tak dapat nak pandang adik-adik.. Muka dahlah kelat.. Nasib baik sahabat ana yang mengajak program tu selalu memesan untuk ‘senyum’. Dari jauh kalau terpandang, dia akan tarik mulutnya seperti ini Ada 10 orang faci, 86 pelajar dan 5 orang lelaki sebagai pengerusi dan bantu-membantu.. 4 orang pembantu perempuan termasuk aku..

Hari pertama sangat meriah.. Mereka semua sangat bersemangat. Suka betul menyanyi lagu nasyid nyanyian hafiz Hamidun - Suara Hati (lagu tema).

Hari kedua, banyak game, pengisian tazkirah, uji minda, teka teki dan slot muhasabah diri.. Wah! Semuanya Nampak sangat ada yang berubah walaupun sedikit. Kata orang berubah sikit2x dulu.. Salam2x ngan diaorang.. Mesranya perasaan itu. Kali ni tak payah buat muka senyum. Automatik senyum sebab sangat mesra dan kasih betul dia orang salam tangan aku.. Alamak touchingnya..

Hari ketiga, diaorang Qiamullail, senamrobik dan explorace. Penatnya.. tapi best!! Suka betul.. Time hadiah lagi happening.. Semuanya senyum lebar. Dapat hadiah dan saguhati.. Lepas tu minta tandatangan, nama dan no. Kawan aku kata, macam artis la pulak./ padahal kita bukan kak faci pun, Cuma Kak Makan.. Ada yang dapat cenderahati daripada adik2x dan surat2x kasih… Dah habis program..

Aku yang tak da kerja sangat2x ni.. Sepanjang 3 hari tu kalau tak da apa2x, jalan2x memantau kak-kak faci ni buat kerja bersama adik2x mereka.. 1 kumpulan ada 8-9 orang. Ada yang demam pulak.. masa tinjau-tinjau nilah aku timba sikit2x ilmu dari diorang. Semuanya penuh semangat. Sikit je yang passive. Ada juga yang hyperactive. Sehingga Ada sorang faci ni cakap dia seperti cakap seorang diri.. Active sangat la pulak.. Tapi time makan, memang diaorang take care. Ambilkan makan dan makan bersama. Siap ada yang belanja makan aiskrim sepanjang 2 hari terakhir..

Tapi kan sahabat ana cakap ada sorang ni yang mukanya hamper sama dengan ana dan cita2x pun sama. Ye ke? Tapi dia mesti lagi pandai.. Sekolah tu kalau nak masuk kena 3A dan keatas dalam UPSR.. Speaking pulak tu.. terbelit-belit urat hijau otak aku nak menganalisa apa yang dia orang sembang..


Time nak tunggu bas la lama.. Rosak rupanya.. Tunggu hampir 4 jam lebih.. akhirnya sampai jua bas tu..
Time ni kan orang solat Maghrib. Wah!! Kami salam2x. sedih la pulak nak tinggalkan adik2x yang aku sayang ni.. (padahal rindu jugak ni kat makanan dia orang. Bayangkan nasi dan ayam goring = RM1.00 je.. Murah to.. Yuran asrama RM200 lebih je SETAHUN tu.. Sekolah kerajaan la katakan.. tak kisah la..Boleh gemuk kalau setiapa hari macam ni..)


Sambung balik, masa nak salam, happening betul aku. Nak balik la katakan.. Suka aaaa… salam adik2x dan bergambar dengan penuh keceriaan dan mesra. Dia orang kan pakai telekong.. masa kita orang semua dah naik bas tu, kita orang tata dengan penuh semangat. Tetiba ada orang kata macam nak pergi haji pulak… Yang lain kata macam artis la pulak.. Dan macam terputus kasih..

“Akak.. datang la lagi kalau ada masa”
“Akak, buat la program kat sini”


Tengoklah… ini bukan akak yang buat.. Akak Cuma bantu je..Pokok kata memang pengalaman yang best..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS