Musim cuti=musim bina masjid

Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia.
Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu.
Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan,
pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana.
Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah salah satu masjid di Brunei
yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei.
Masjid ini diiktiraf sebagai masjid yang terunik Asia Pasifik dan
menjadi tarikan pelancong. 



Masjid an-Nabawi (Arabالمسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam.
Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. 
Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan 
Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri,
bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.



 Masjid Besar Xi'an juga dikenali sebagai Masjid Huajuexiang
kerana ia terletak di lorong Huajue,
barat laut Gerbang Gendang, iaitu salah satu tanda mercu bandar Xi'an.
Menurut catatan sejarah, Masjid Besar Xi'an ditubuhkan pada zaman Dinasti Tang,
iaitu tahun 742 Masihi.
 Selepas ditubuhkan, masjid tersebut pernah beberapa kali diubahsuai dan
diperbaiki pada zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing.
Jadi, terdapat artifak daripada pelbagai zaman dinasti di masjid tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS