Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakahtuh.
Salam sejahtera. Hari ini hari jumaat. Terasa masa pantas berlalu. Mungkin adik-adik pulang dari asrama, jadi kite punya masa terisi. Banyak hal dan aktiviti yang boleh dibuat bersama. Lebih2 lagi ada yang akan menghadapi peperiksaan bersar. Ada juga satu subjek yang perlu belajar sendiri. Agak menyibukkan masa disitu selain membaca isu-isu terkini di Malaysia. Malaysia yang sering buat kite terasa semakin sejuk. Tinggal seminggu sahaja yang masih berbaki… Huhuh…
KERJA
Tak tahu masa apakah yang baik untuk diisi selepas cuti sekolah ini.. Masih mengaharap kerja. Masih mencari yang sesuai. Faktor yang dilihat antaranya ialah skop kerja itu, jenis syarikat, jarak dari rumah, persekitaran perjalanan dalam menuju ke tempat kerja, waktu bekerja, suasana tempat itu sendiri dan jangkaan jenis pelanggan. Oh kerja… Haish.. Wo yao shangban le…
ADIK-ADIK
Inilah masa bersama. Bergurau, bersembang, selami hati, selami masalah. Bukan senang nak korek rahsia yang dilindung2kan. Lebih2 lagi kakak yang tak pandai berkata2. Hanya bicara yang menyakitkan hati. Terasa mereka sudah besar. Cara berkomunikasi pun dah terasa lain. Kena lebih berhati2 dalam berkata… Huhuh.. Nak nasihat, pun kena tengok diri. Kalau diri jalan seperti ular, ketam, agak sukar yang sebenarnya. Serba salah. Dilema. Keliru.
Kena selalu bertanya, bercerita tentang apa yang kita ada. (pengalaman).
Pengaruh kawan pun semakin besar… Masa mereka lebih bersama kawan sebenarnya (yang duduk asrama) lebih banyak...(-_-) Sebab itu saya dah faham apa yang orang kata ‘Pilihlah kawan yang baik-baik’.
Kakak yang tidak tinggal diasrama. Hanya memperuntukkan 7 jam sahaja diluar (sekolah). Jadi selebihnya dirumah. Mungkinkah sebab itu pengaruh luar tidak terlalu kuat. Sememangnya diri ialah otaku… Kelakar je bila ingat, mesti target masa, sampai sekolah jalan kaki 5-10 minit. Balik pula berlari gara2 nak cepat sampai rumah. Berlari di lorong2 belakang rumah orang. Tak de orang nampak.. =)
Saya mahu lebih tenang… Alam itu indah. Saya suka melihat awan biru… Memang tabiat bila keluar pergi sekolah menengah, pagi2 keluar melihat awan biru. Konon2nya nak lihat apakah perkataan yang terukir diawan itu.. Sekali dua peluang terlihat pelangi... Cuma dikolej, saya suka tengok awan hitam (malam)... Kelakar je bila ingat2.. huhuh.
Minta diri dan jaga diri semua...
Dapatkan rehat yang cukup (buat ibu mengandung)
Jangan terlalu penat (orang yang kerja bertimbun)
tata