Muhasabah Diri...


Salamun’alaikum…
Wah!!! Cuaca memang sangat panas. Beberapa orang teman saya demam. Semoga mereka kembali kepada suhu badan yang normal mengikut kekuatan badan masing-masing. Entri punya tajuk yang agak tidak sesuai dipamerkan di blog ini… Hehehe… Pernah satu orang ini tanya perlu ke ‘tanda noktah’ banyak-banyak. Saya memang sukakan ‘noktah banyak’. Suka tanpa sebab.

Pernah tak terdetik di hati kenapa kita suka sahabat-sahabat kita tanpa sebab. Ya, memang mereka tempat kita berhibur hati, saling menegur, saling merajuk, saling marah tanda sayang, cuit-mencuit untuk kurangkan rasa hati pada diri… Pernah kita bertanya? Jawapannya memang kelakar dan senyum sahaja jawapan terbaik. Akan tetapi bila sahabat yang lain bertanya kenapa saya suka akan sahabat itu dan ini, saya akan jawab “ Sahabat itu dan ini baik. Senang dan susah bersama”. Pernahkah kita terfikir, adakah sahabat itu sering berada disisi kita saat kita mengalami hal2 yang tidak dapat dielakkan seperti ditegur, diusik sehingga terguris hati yang akan hilang kemudiannya. Tetapi bila sahabat yang lain bertanya, kita masih mengatakan hubngan kami baik dan kita memuji sahabat ini dan itu tanpa kita sedar. 

Itulah sahabat sejati, walaupun disakiti, ia tetap menutup dan berasa itu adalah manisnya persabatan. Tidak semuanya ‘sweet’ sahaja... Pasti ada seribu satu rasa yang buat ikatan itu kuat. Sebab itu saya terfikir bahawa kadang-kadang kita suka tanpa sebab dan suka tanpa sebab itu adalah tanda hubungan yang telus, suci dan menerima seadanya. Akan tetapi mestilah saling memberi. Kalau sahabat satu je asyik yang memberi kasih seribu satu rasa itu, lama-lama ia kan hambar juga. Jadi, saling-saling itu pengubat perhubungan persahabatan  untuk jangka masa panjang.

Begitu juga jika kita suka pada seseorang, kadang-kadang kita suka tanpa sebab.

Sebenarnya ini bukan tujuan utama penulisan kali ini. Akan tetapi adalah mengenai muhasabah diri…

Kadang-kadang bila baca blog2 orang atau blogger, saya suka buat kesimpulan sendiri. Saya merasakan apa yang saya fikir adalah betul. Akan tetapi ia adalah salah dan silap. Jadi, saya pun kadang-kadang tanya ummi. Saya mengolah sedikit… Hehehe…
“Kita tidak boleh menilai kelakuan seseorang atau perbuatan seseorang atau pandangan sseorang itu berdasarkan apa yang ditulis. Ini kerana kita tidak berada ditempatnya, kita tidak tahu hal dan latar belakang ibu bapanya, amalan yang dilakukannya.
Kenapa kita nak mengadili seseorang itu berdasarkan cara hidup dia?
Kenapa kita nak menerima apa yang ditulis bulat-bulat?
Kenapa kita nak dengar pandangan orang terhadap seseorang yang lain? 
Kita tak berada kan disituasi itu?
Janganlah asyik nak mengata orang. Baik lihat pada diri sendiri. Muhasabah diri dulu. Seseorang itu tidak sempurna. Yang sempurna hanya Nabi Muhammad s.a.w…”
Wah!!! Memang pedas bagi pelaku…

Zai Jian…=))

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS