2.0 Kekunci

Salamun’alaikum.
Apa khabar untuk hari ini?
Tinggal beberapa detik, hari itu akan datang. Sama ada saya menyambutnya atau kalian yang menyambutnya. Marilah kita sama-sama menyambutnya.
Ya, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. (Pelaku cakap bahasa arab? Hehehe…)

BAHASA ARAB
Kelakar je. Pelaku mana pandai berbahasa arab. Ya, jahil yang suka berpura-pura bijak. Juga bahasa-bahasa lain. Kui3…=) Kalau adik-adik tanya bahasa arab, sering kali skrip dilakonkan sedemikian.
“ Akak, nak tanya sikit. Akak tahu tak bahasa arab?”
Adik yang bongsu yang tahu akak ni ‘pandai’ sangat Bahasa Arab suka je tanya. Saya rasa tindakan adik bongsu itu seperti ‘kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu dan sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.’
“Tahu. ‘Pandai’ sangat. Hua, huma, hom, ana nahnu.” Hehehe. Menjawab sambil sengih-han.=) Sempat lagi dia mencelah.
“ Ya la… Hua huma, hom, hiya, huma, hunna..” Huhuh… Itulah. Tanyalah lagi akak kamu ni yang terlebih ‘pandai’ dalam berbahasa. Ummi pun menyampuk. Sememangnya bila saya ditanya Bahasa Al-Quran, ada sahaja adik-adik yang lain turut mahu ‘mengenakan’ saya. Bukan senang nak ‘mengusik’ saya. Huhuh…
“Tunggulah Along balik. Lagi 2 tahun.” Pelaku dan Ummi sering ‘gelak besar’ bila cakap pasal Bahasa Arab. Bukan apa, terasa kami sangat ‘pandai. Hahaha…=) Tapi Ummi lagi pandai...=)
Tanyalah lagi, wahai adik-adikku…=)

RAHSIA
Rahsia adalah sesuatu yang hanya diketahui oleh beberapa orang yang tertentu saja (tidak diketahui oleh orang ramai). sumber Ini hanyalah definisi umum.
Rahsia antara manusia dengan manusia.
Rahsia antara hamba dan Tuhannya (Allah s.w.t.)
Rahsia manusia dengan manusia timbul bila rahsia itu disimpan lama yang hanya dia dan pencipta-Nya.
Si A ada sesuatu yang ingin dikongsi tetapi tidak mahu diketahui banyak manusia dan Si A hanya berkongsi dengan Si B. Si B pun berjanji tidak akan membocorkan rahsia. Tetiba satu hari Si B terlepas cakap rahsia itu pada Si C. Dan Si C terlepas cakap pada Si D. Si D terlepas cakap pada Si E. Dan begitulah rangkaian seterusnya. Adakah anda faham apa yang saya ingin sampaikan? Rahsia diantara manusia dan manusia punya RANGKAIAN. Saat rahsia itu tersingkap dengan manusia, sebenarnya kita telah membina rangkaian RAHSIA diri untuk manusia-manusia yang lain juga walaupun kita hanya berniat untuk sampaikan pada Si B. AKAN TETAPI bila RAHSIA anatara MANUSIA DAN ALLAH S.W.T. , hanya MANUSIA itu dan ALLAH S.W.T sahaja yang tahu. Bukannya pelaku tidak mahu mengatakan yang pelaku tidak pernah berkongsi rahsia dengan manusia. AKAN TETAPI, pelaku hanya perlu SEDAR yang bila saat pelaku membuka pekung rahsia dihati dan diminda, pelaku harus terima yang pelaku tidak dapat mengelak RANGKAIAN RAHSIA ini. Tetapi kalau manusia yang ingin kita berkongsi itu kita yakin dengannya, tidak apa. Kalau terbina RANGKAIAN pun, mungkin dikalangan orang yang tidak akan menokok tambah RAHSIA itu.
RAHSIA itu RANGKAIAN andai ia melibatkan manusia-manusia. Bukannya tidak mahu meletakkan kepercayaan pada manusia-manusia yang lain, Cuma pelaku kena tahu dan faham rahsia itu tidak akan tertutup jika tidak dibuka oleh diri sendiri.

Selamat Menyambut Ramadhan yang menjelang lebih kurang seminggu lagi…JJJ

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS