Tugasnya Seperti Biasa

Salamun’alaikum. Huhuh… Lama rasanya tak menulis. Menulis sesuatu tetapi disimpan. Ditatap keluarga agar tak lari maksud dan disalah faham. Tetiba terasa waktu berlalu dengan pantas, laju dan cepat. Ditenung-tenung batang halus tu, masih saja bergerak biasa. Dipandang tajam ke, dipndang lembut ke, dipandang sepi pun masih je dengan selambanya bergerak. “Ini tugas aku. Bergerak seperti biasa. Tugasmu, kalau bateri jam ini mati, pergilah ganti.” Katanya.

Biasa jadi dielakkan untuk salah faham?
Okey. Perkataan yang biasa memang sering digunakan orang biasa. Saya orang biasa. Orang yang ada ilmu luas, perkataan yang digunakan pun agak luas pemikirannya. Bagaimana boleh menulis kalau tidak membaca? Bila menulis tidak lari dari menggunakan butir-butir kata yang dibaca. Maka, terasa macam mengikut apa yang dibaca. Sebenarnya, ia adalah perkataan biasa. Yang menjadi luar biasa, apabila ada sesuatu yang lain yang menyebabkan kita rasa ingin mengelak untuk disalah fahamkan walhal itu  perkataan biasa. Sangat tak biasa. Bila sdemikian, kite je yang rasa lebih-lebih. Orang lain basa-biasa je. Eh? Inilah dikatakan perasan. Agak malu kan? UhuhuhJJJ

Waktu
Seminggu sudah OrangPalingSelesa(OPS) berada dirumah. Teguran langsung sangat melekat tersesat terus tak mahu keluar tersimpan kukuh mengetuk diri. Terasa yang membina. Agak mengukir juga hatinya bila 6 minggu yang diperuntukkan. Tup tap tup eh oh eh, jadi 4 minggu. Khabarnya tak mahu ganggu pelajaran. Kata Ummi. Okey. Waktu yang memang berlalu cepat tetapi masih saja berlaku dilakukan perti masa untuk berjasad didunia ini lama. Walhal singkat sesaat detik secuma. Bila waktu bergerak, aku melihat jam lagi. “Aku berdetik seperti biasa. Tidak usah kamu memandang aku sedemikian.” Katanya.
Bila melihat apa yang aku berdiri, punya sekarang. Terasa waktu memang dengan tugasnya. Cuma aku?? Melihat mereka membesar, semakin… Aku harus tahulah waktu yang diperuntukkan bersama akan berkurangan seperti kurangnya umur berbaki, seperti kubur memanggil waktumu sedetik lagi, apa kamu tak mahu ubah diri? Seperti blur-blur, masih dengan kerasnya. Hati. “Aku akan terus seperti biasa, yang kamu jangan ikut aku. Aku mahu kamu lebih pantas bergerak semangat menuju ke tempat yang abadi. Bekalan ya.” Katanya.

Selamat menyambut fasa ketiga.
Jaga diri dan kesihatan semua.
Maafkan saya.
Siti Hanisah Binti Mohd Ali.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS