Kongsi

Salamun’alaikum.

Ingin bercerita tentang sahabat. Secara umum atau khusus. Sukar diklasifikasikan. Sahabat itu tempat kita berkongsi suka dan duka. Ada orang selesa berkongsi dengan ahli keluarganya. Walau tak semua.  Begitu juga sahabat. Kalau boleh, semua kisah suka dan duka ingin dikongsikan bersama. Tetapi ada kekangan tertentu yang menyebabkan beberapa hal tidak boleh dikongsi lebih-lebih lagi yang membabitkan orang lain yang tiada hubungan darah dan sangat jauh.

Bagaimana boleh tidak kongsi?

Ya, sahabat itu bukan kita sahaja yang bersahabat dengan dia. Ramai. Ramai yang bersahabat dengan dia. Siapa tidak mahu punya sahabat baik sepertinya. Bila kita tahu  sahabat kepada sahabat kita punya kisah yang sama, rasa seperti kita. Jadi, kisah yang sama itulah tak boleh dikongsi. Kerna kisahnya sama, hati berbeza. Mencari teman lain. Yang jauh yang tak pernah jumpa yang takkan tahu kisah kita sebelumnya. Kalau dicerita, pendapat teman hanya umum.

Maknanya, sahabat baik itu tidak boleh dikongsi kisah itu?

Boleh, tapi soalan pun umum. Kalau khusus, ceritanya akan jadi sedikit berbelah bahagi. Sebab sahabat baik itu juga punya sahabat-sahabat baik yang lain.

Tata.  Jaga kesihatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS