akU yanG masiH hiduP

‘Hiduplah disuasana yang hidup dalam erti kata sebenarnya dan
berjuang untuk hidup disuasana mati.’
Salamun’alaikumJ
Kesihatan masih ditahap yang memuaskan. Jika sihat sepenuhnya adalah mustahil kecuali Firaun. Cuma sakit itu masih dboleh dikawal. Kalau tidak terkawal, ubat tahan sakit jadi jamuan setiap hari. Jika masih tidak terkawal, tinggal di disuasana serba kebiasaannya putih. Jika memang sudah tiba saatnya, pasti juga ke ‘sana’.
Cerita yang saya masih hidup.
[Xingfu nimen de kuaile ketika shu shi de wo de shi wang. Man man.]

NIAT
Apabila kita ingin melakukan sesuatu, kita akan berniat secara langsung atau tidak langsung. Kebiasaannya ia berlaku secara langsung. Contohnya “Esok, kita nak buat itu dan ini.” Kadang-kadang niat yang biasa boleh jadi luar biasa bila sesuatu yang tidak terjangka terpaksa dihadapi. Itu ujian. Niat yang baik memang dipermudahkan cuma masih pastinya ada ujian-ujian yang perlu dihadap. Suka atau tidak, mungkin ini yang terbaik.

MATANG
J Senyum dulu. Raut wajah boleh jadi lebih matang dari usia dan boleh jadi muda dari usia.
“Awak nampak matang dari usia.” JJJ
Tetapi bergantung kepada bahasa yang selesa untuk sesorang menggunakannya seperti
“Awak nampak tua dari usia.” JJJ
Raut wajah matang atau muda bukan boleh diterjemahkan tahap apa akal fikirannya. Tidak semua boleh dinilai hanya sekilas pandang sekali atau pandang pertama. Tetapi tidak menafikan pandangan pertama itu penting. Jika positif, pasti ada niat untuk mengenali dengan lebih lanjut. Jika negatif pun, nak tahu juga lebih lanjut. Pasti ada cerita seribu satu ceria dan duka. Matang bukan bermakna hidupnya penuh dengan cabaran yang tertekan punya positif.

CIK/MISS
JJJ Cikgu berketurunan India yang mengajar untuk semester ini sangat saya suka. Saya suka Miss Kala Devi. Saya suka cara dia mengajar. Dia membuatkan saya selesa untuk belajar. Suka cara dia mengajar. Suka. Tiada kata lain untuk menjelaskan [describe] tentang dia. Always make me smile during classes.J Penghargaan untuk dia. Terima kasih. MesraJJJ.

LARI TIDAK DIBENARKAN
Saya diikat?J Bukan. Saya sambung ayat sambungannya.
‘Lari tidak dibenarkan untuk saya jika saya masih berdetak jantungnya.’
Kadang-kadang kita hanya mendengar cerita tentang orang lain. Pastinya kita tak berharap situasi berlaku keatas diri kita. Lebih-lebih jika situasinya sangat menyedihkan atau menyeramkan. Bukan kita ingin menjauhi mereka tetapi jika tidak kuat untuk bersama, mengapa harus mengambil risiko? Ayat memang sempurna, hahahaJJJ Am I laughing to my own life? Yup!. Ini soal hidup cara kita bersosial. Bukan ayat2 cinta, tetapi cara kita bersosial. I repeat again, the way how you life in your circle social friends in the community.
Sekolah Menengah – Dengar2 cerita.
Diploma – Berkenalan.
Sekarang – Hidup sebumbung.
Lagi jauh anda lari, mungkin pernah terfikir untuk lari, lagi banyak ia mendekati. Maksudnya bagaimana kita mahu hadapinya.
[Kadang-kadang terfikir, kenapa masalah sosial yang satu ni selalu je melekat terikat diluar diri. Minta diperjauhkan.]

TULISAN DIWAJAH SAYA
                        ‘Kongsikan masalah anda dan luahkan rungutan anda’
Jauh panggang dari api. Hidup didunia masyarakat sebenar bukanlah cerita fantasi seperti penuh imaginasi hidup seorang puteri dizaman purba.
Hidup ini perlu diteruskan walau pahit untuk ditelan. Dia mungkin kita pernah jumpa kali pertama dan bersembang mungkin sekali seumur hidup atau kelak kita tidak akan berjumpa lagi tetapi dia membuat kita terngiang2 ceritanya, cara hidupnya dan apa yang diperjuangkannya untuk meneruskan hidup sekali ini dengan langkah yang semakin perlahan, sakit hati yang semakin teruk, air mata yang sudah kering dan harapan yang tersisa untuk dia sendiri sekurang-kurangnya. Kata-kata cerita realiti didengar sendiri oleh telingar dua ini yang memberi mungkin satu dalam sejuta nasihat yang saya perlukan dalam meneruskan hidup ini. Hanya mampu melemparkan senyuman buat dia.
[Seorang aunt yang berketurunan India is dia.]

PENGORBANAN
Pengorbanan positif dan negatif. Berkorban sesuatu untuk mendapat pahala Allah s.w.t. adalah +ve seperti berhenti bekerja untuk menjaga ayahnya yang sakit. Hantar ayah dihospital setiap hari. Pengorbanan ini pastinya tinggi kerana ganjarannya ialah pahala kerana taat kepada ibu bapa. [cerita realiti seorang anak perempuan jiran kampong nenek. Sangat kagum dengannya.]
Berkorban sesuatu yang berdosa atau dilarang Allah s.w.t. adalah –ve seperti jual diri untuk meneruskan hidup didunia ini seperti bayar yuran pengajian dan memenuhi kehendak diri terhadap harta dunia. Ya, memang ada kisah sedih disebalik perbuatan itu tetapi manusia diberi banyak pilihan. Mungkin dia tersalah jalan dan tidak diberi bimbingan yang secukupnya. [Sangat mengasihinya dan menyayanginya, doakan yang terbaik buat saya dan dia. Kami.]


Tata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS