rUMAh sAKIt


Salamun’alaikum.
Semoga semuanya dipermudahkan urusan harian. Urusan harian yang semakin banyak seiring dengan usia yang semakin meningkat dan umur berbaki yang semakin singkat. Sedetik cuma.
 [Suka bahasa dan ayat ‘Sedetik Cuma'. Pendek patah katanya, akan tetapi prinsip yang selalu saya amalkan.]

Sebelum tu saya ingin menggunakan bahasa aku. Huhuh…

Ingin bercerita dunia rumah sakit atau dipanggil dengan lebih dikenali hospital. Asal keturunanku masih ku ingat. Cuma belum menjejakinya dan kalau tiba masanya, aku ingin menjejakinya. Tiada mereka, tiadalah aku didunia ini.

Cerita Satu.
Seorang perempuan muda selamat melahirkan anaknya. Alhamdulillah. Akan tetapi kelihatan murungnya wajah dia. Bukan dia tak suka anak tu, tetapi anak tu tiada ayah yang halal untuk dibintikan. Bukan niat dia untuk melahirkan anak luar hubungan halal, akan tetapi dia dilakukan dengan ‘cara kasar’. Sekurang-kurangnya dia masih melahirkan bayi yang tidak bersalah tu. Sedih dan keliru ekspresi wajahnya.
[Sekurang-kurangnya dia melahirkan bayi itu dari ‘membuangnya’ sebelum tiba masa untuk mengenal dunia. Bukan kerelaan dia.]

Cerita Dua.
Seorang perempuan selamat melahirkan anaknya. Akan tetapi bayi itu meninggal dunia pada hari pertamanya kerana dihempap ibunya sendiri ketika tidur. Ibunya mengiring untuk memberi minum kepada bayi itu tetapi cara postur badan ketika menyusukan berbaring menyebabkan bayi itu meninggal dunia.
[Postur badan ketika menyusukan anak juga harus dipelajari untuk ibu-ibu yang mengandung.]


Hari yang sama, tempat yang sama. Aku dilahirkan.

Tata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS