Percubaan Nasihat 2

Salamun’alaikum.
Disebabkan tahu usia ini semakin singkat, sedetik cuma. Adik2 yang ramai yang akan ditinggalkan. Meninggalkan mereka sementara atau buat selama-lamanya. Jadi, coretan ini khas buat adik2 sedarah Yun, Ecah, Cik Pah, Ilah, Enjah dan Ain Otai. [Gelaran Otai dari Along…J] Bahasa yang digunakan untuk menggambarkan diri  adalah akak. Umum buat yang membaca.


Tudung
Baik. Kalau cakap pasal berfesyen, akak memang kalah. Bermacam fesyen tudung didunia. Pantas perubahan fesyennya. Baik, memang tak dinafikan ia sangat cantik. Yang penting menutup aurat mengikut Syariat Islam. Bertudung atau menutup aurat kepala keparas yang sepatutnya memang hendaklah mengikut syariat. Fesyen tudung sekarang juga yang seakan-akan ‘sisters’. Seakan-akan, bukan sama. Tidak apa. Seperti baju konvo yang seakan-akan tetapi tidak sama seperti jubah paderi. Kembali ke tudung, tidak salah berbangga, tetapi jangan berkata sehingga begini.
Si B: Sila tutup aurat dengan sebaiknya. Ada yang tersingkat. Terdedah bahagian yang tidak sepatutnya.
Si A: Kira baik la pakai tudung. Kalau tak pakai, ya la…
Si B: Anda berbangga dengan pakai tudung? Menutup mana yang patut memang kewajipan anda.
Banggakah anda dengan hanya memakai tudung. Ya, memang tidak salah tetapi jangan terlalu mendabik dada. Ia memang kewajipan. Jaga bahasa yang digunakan untuk menjawab. Menerima kritikan dengan berlapang hati. Kalau salah Si Penegur, tegurlah juga. Jangan diam membiarkan Si Penegur itu dengan ilmu jahiliahnya. Kalau menegur keras sekalipun, akak tahu nanti kalian dah besar panjang, ada pandangan hidup berfesyen sendiri. [Akak kolot bab ni.] Ada hidup sosial berkawan yang berskala besar bila habis alam sekolah. Alam belajar kolej universiti dan alam bekerja. Ya, disitu lagi banyak yang akan mempengaruhi cara untuk berfesyen. Ikut kata hati, tegas dengan prinsip diri.


Pinjaman
Sedetik cuma.
“Sekejap je.”
“ Dekat je.”
Kekadang nak keluar rumah, aurat yang ditutup tidak sempurna.
            “ Alah, takda orang nampak. Malam.” Kalah akak dengan suasana malam. Ya, bila malam, akak selalu sangka tak da orang nampak. Jadi, tutup pun tidak sesempurna mana. Malam lebih mendatangkan banyak fitnah dari siang. Tidak dinafikan. Keluar malam, apa pandangan orang? Bekerja malam? Jalan2 waktu malam? Kekadang rasa bersalah menegur jika akak pun jalan macam ular dipukul palu. Seperti tiada kaitan dengan pinjaman? Ada.
Baik, kalau adik meminta barang untuk dipinjam dan digunakan dengan betul dan ditempat yang betul, pasti tak da masalahnya unutk diberi. ‘Sharing is Loving’? Tetapi kalau salah digunakan, tahukah adik2 dosa itu akak juga dapat sahamnya. Dosa sendiri dah manaiki anak tangga terakhir kepuncak dada langit, nak kongsi saham lagi. Wah! Wah! Senget yang dah tak tahu macam mana bahu kiri akak ni. Lebih-lebih lagi kalau adik-adik lakukan perbuatan itu didepan mata akak. Akak nak berdiam diri dan pandang sebelah mata??? Akak hanya ada sedtik cuma waktu buat hidup didunia ini. Bukan selalu 24 jam bersama kalian. Bukan boleh pantau adik-adik 24 jam. Ya, cara akak tegur memang kasar. Tidak dinafikan. Bahasa kasar.
[Kalau nak lembut, nanti akak serahkan tugas tu pada Abang-abang kamu. Mereka terbaik dalam menjaga adik-adik perempuannya. Akak memang kasar, jahat dan kejam. Tidak dinafikan.]
Bukan senang nak bagi pinjam sesuka hati. Kalau nak buat, jangan biar akak nampak. Tetapi bukan akak mengizinkan adik-adik buat sesuka hati dibelakang akak, tapi akak dah tegur. Ikutlah hati dan ilmu adik-adik yang lebih tinggi, lebih tahu hukum dan lebih bijak dari akak.


Maafkan akak.
Bao Zhong. Zai Jian.

Entri sebelum ini disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS