nO tiTle... Uhuh

Salamun’alaikum. Salam pagi Jumaat.


PERUBAHAN ITU SELALU
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. HeheJ
Kekadang kita tak boleh terlalu pasti akan sesuatu. Ohh, ‘result exam’ dah nak keluar. Sepatutnya 6 haribulan yang lepas, tetiba tukar tarikh 6 hari kemudian. Jadi, tinggal 3 hari lagi. Subjek yang diambil untuk semester pendek yang lepas hanya satu.

“Ohh… Mudahlah dah nak ‘score’…”
“Untunglah… Tak payah pening2 nak buat ‘time study’…”
“Cepatlah habis, boleh cuti. Hati senang.”

Sebenarnya berapa subjek sekali pun diambil, kalau ada sifat M_____ [isikan ‘alas’], huhuhJ Result pun macam nak bagi yang bersifat itu juga. Jangan ambil sesuatu itu dengan mudah.


RISAU UNTUK SEMUA

“Saya risau akan kamu.”
“Saya lebih risau akan dia.”
“Eh, saya rasa saya lebih risau akan kau.”
“Tidak, tidak. Saya rasa saya lebih terlebih lagi risau akan engkau.”

Sebenarnya, kita memang selalu risau. Risau akan semua orang yang dekat dengan kita terutama hubungan yang ada darah [tali kekeluargaan]. Ya, sifat semua orang tidak sama, wajarlah tahap kerisauannya berbeza. Tetapi yang satu yang kita perlu faham, tahap kasih sayangnya SAMA untuk SEMUA. Kalau pun terlebih kasih sayangnya naik 1%, semuanya yang dekat juga akan naik 1%. Cuma bila yang lebih risau itu, diberi perhatian yang lebih. Jangan orang yang kurang risau itu berasa tidak diberi perhatian, kerana mengurangkan risau seorang yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendidik, menjaga anda itu bukankah satu kegembiraan buat dia dan anda sendiri. Mengapa harus berebut untuk menjadi orang yang paling banyak mendatangkan kerisauan? [Untuk diri sendiri]


ALAM SEKOLAH
Melangkah kembali ke alam sekolah. Ya, saya akan kembali berdaftar 13 ni, tetapi tidak tahu jika ditukar tarikh lagi. Adik-adik pun akan kembali ke sekolah, tinggal 3 minggu lebih saja.

Ada hikmah sesuatu yang kita harap, tetapi tidak tertunai. Mungkin yang lebih baik akan datang tanpa kita sedari. Kekadang mungkin baik dimata masyarakat, dan dunia sekalipun. Tetapi mungkin bukan yang terbaik buat kita. Doalah yang terbaik buat diri, bukan sekadar mendengar pandangan-pandangan orang.

“Sekolah itu terbaik.”
“Sekolah itu lebih sesuai dengan adik.”
“Saya nak sangat-sangat masuk sekolah itu.”
“Hurm… Saya rasa saya akan tersenarai untuk memasuki sekolah itu.”
“Tak mahulah masuk sekolah itu. Ish3.”

Keputusan yang disangka baik atau mungkin baik, tidak boleh dipastikan kita akan dapat masuk sekolah yang kita nak. Semuanya itu hanya usaha, mungkin bukan rezeki kita untuk masuk sekolah yang kita nak. Bila terlalu berharap dan yakin akan dapat masuk, bila ditolak, kecewa seGunung Kinabalu menghuni hati. Parah lagi kalau mengalami kesedihan yang melampau. Kesedihan yang melampau yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan…
Pantau ahli keluarga andaJ
Mungkin sekolah yang kita rasa terbaik itu dan terbaik baik-baik dimata kita, keluarga dan masyarakat sebenarnya bukanlah yang terbaik buat kita untuk hidup sepanjang pembelajaran disana. Bukankah Allah Maha Mengetahui sesuatu yang kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang? J
“Semua tempat itu sama, yang penting akhlak. Tahu niat kenapa nak masuk tempat itu.” – Ummi

Tata. Jaga diri. Jaga kesihatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS