Hai...
Tajuk itu beri tekanan pada aku. Aku lebih suka guna perkataan gembira. Setiap hari pasti ada gembira, terpulang sama ada kita nak beri peluang kepada diri diri. Bangun pagi, niatkan diri untuk gembira hari ini. Tidak egois. Tidak menyakitkan hati orang. Fikirkan apa yang dibuat hari ni pasti akan mengembirakan diri dan orang sekeliling.
Hidup sekarang tidak kisah dimana-mana, bandar atau kampung atau hutan sekalipun, berilah peluang untuk mencari ketenangan. Janganlah beri tekanan pada diri. Cuba lihat negara membangun lain, mereka peruntukkan 1 jam sekurang-kurangnya untuk menggembuirakan diri seperti berjemur, makan ais krim dan riadah bersam keluarga. Tiada tekanan.
Semua orang mahu gembira. Tetapi jangan gembira untuk diri tetapi disebaliknya mendukacitakan orang lain. Contoh, dia buat lawak tetapi sesetengah orang yang mendengarnya tidak daopat menerima hakikat bahawa dirinya mangsa bahan usikan itu. Lebih buruk lagi, jika itu sudah boleh diangkat sebagai fitnah.
Macam saya, senang gembira sebab saya buat apa yang saya suka. Saya gembira, tetapi kawan saya kata muka saya masam. Oh... nampaknya saya hanya gembira dalam hati. Tidak dapat dipamerkan. Tak apalah.. Yang penting saya tahu apa yang buat untuk menggembirakan diri.
Semoga anda semua gembira dan mencari gembira lebih mudah dari mencari yang susah..





