Perspektifku - Jiran


Lihat? Dah nama pandangan aku tentulah dari hati. Tak payah nak berbahasa pandangan dari sesiapa atau merujuk mana-mana buku atau kamus.

Saya mulakan ya?
Orang yang paling kita rapat selain keluarga dan kawan, tentulah jiran sebabnya kalau ada apa-apa masalah boleh panggil, jerit pun tak apa. Dah kecemasan, takkan nak jaga suara. Orang pun tak peduli.. Teringat pulak masa adik demam panas, mata biru dan hijau. Kita ingatkan dia tu boleh jadi orang barat la... Sekali mak lihat terus keluar suaranya. Jeritlah mak saya meminta pertolongan.. Oh.. Rupanya hampir sawan sahaja.. Nasib baik sempat dan dibawa juga ditahan di hospital... Umurnya masa tu lebih kurang 1 tahun lebih.. Saya suka la.. hahaha.. Ini perihal jiran yang baik...

Tapi kalau jumpa atau terkenal dengan jiran yang pelik macam mana? Contohnya, suka mengumpat orang, itu salah dan ini pun salah. Pokok pangkalnya serba tak kena. Jumpa kita, cerita lain, jumpa yang lain cerita kita... 'talam 2 muka'.. Apa dia tu 'sempurna'? Bukan apa, kadang-kadang semua benda itu seperti kita yang salah dan nampak kita sahaja.. Tapi.. bagus juga kot.. Itu tanda dia perhati kita dari pagi sampai ke lewat senja... Best juga ya jadi bual bicara petang dan siang...

Ini lagi satu yang sakit.. Asyik nak mengadu kelakuan anak orang saje.. Lihat anak sendiri dulu.. Ni tidak? Main terjah saja masuk rumah orang marah-marah.. Ya, main terjah macam Melodi tapi tak seteruk jiran yang jenis ini kot...

Jiran?
Aku suka.. Habis aku takut tinggal sorang.. Kalau boleh bila ada rezeki nanti nak tinggal yang setiap penjuru, utara tenggara, barat laut dan lain- lain sudut ada rumah berpenghuni manusia. Nanti taklah rasa duduk sorang-sorang dibukit atau dihutan belantara..


GAMBAR HIASAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS