TERtekan ke???


Tekanan?
Anda tertekan baru-baru ni?
Kenapa?
Ia berpunca dari anda sendiri atau orang lain?
Sebab apa?
Tak suka?
Apa-apa aje..

Mari saya terangkan menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. salah satunya ialah yang bermaksud menekan sesuatu dengan kuat, desakan dan paksaan.

Jadi, dia adalah sesuatu yang boleh bersifat positif atau negatif. terpulang kepada pemikiran masing-masing nak mengambil sesuatu tekanan itu sebagai apa....



Contohnya kalau kita dapat satu tekanan daripada ibu bapa, orang yang terdekat dengan kita. Mereka nak kita punya pointer sem ni mesti 3.5 keatas. kalau kita positif, kita akan mengambil itu sebagai kata2 bahawa ibu bapa kita pandang tinggi terhadap kemampuan diri. Tidak merendah-rendahkan. Jadi, kita pun bertungkus-lumus untuk memenuhi hasrat Ibu bapa. Malah, sambil menyelam minum air, hasilnya nati kita pun puas hati..
senyum sorang-sorang..



Tapi..... ada juga sesetengahnya yang tak dapat terima bahawa orang tuanya itu mahu 3.5 keatas. Dia rasa terbeban dengan harapan itu. Dia tertekan. kata mudahnya. Dia tak dapat konsentrasi dalam apa yang dia belajar. Akibatnya, murung dan termenung. Berusaha juga sampai ke lewat malam, tetapi tak cukup rehat. Masa nak periksa, eh? Dia jatuh sakit. prestasi hasil usaha yang terlalu ekstrem tadi. Bertambah-tambahlah tekanan yang dia pikul sebab memikirkan keputusan yang bakal keluar tak lama lagi... Akhirnya dia jatuh terjjelepuk. Beban itu...
Ini pasal belajar.. tapi rasanya tak da yang macam ni kan???


Kata orang, saya lupa dari mana. Dia cakap 9/10 tekanan yang kita ada itu berpunca dari diri kita sendiri. Hanya 1 sahaja yang berpunca dari orang lain.



Contoh, macam saya lah.. kalau saya berada diluar rumah seperti hostel. Kalau kita ada kawan, saya akan cuba tidak menyimpan kata-kata yang tidak enak didengar. Menganggapnya sebagai bukan masalah. So, takdalah nak jadi touching2 ni.. Anggap sahaja sebagai pengalaman hidup. Dari situ, saya dapat belajar jenis orang. Sekarang ni belajar lagi.. Nak kenal kawan macam mana.. Setakat ni... tak da sahabat lagi. Kawan ramai... saya pun bukan kawan yang baik. Sahabat itu kan satu perkatann yang mulia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS