SEJARAH RASUL ULUL 'AZMI

Assalamualaikum...

Sem ni ada It major subject yang aku kena ambil. Jadi Lecturer aku bagi assignment. Semua orang jga begitu kan... Kemungkinan besar tajuk asignment yang kami nak ambil tu berkenaan dengan Rasul Ulul 'Azmi. Jadi disini saya taip sedikit sebanyak mengenai sejarahnya.

Diceritakan bahawa terdapat seramai 124,000 orang nabi dan 313 orang daripadanya adalah rasul. Rasul-rasul ini diutuslan oleh Allah S.W.T untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhidkan Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah zaman Nabi Muhammad SAW, dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Islam sentiasa menghadapi cabaran. Daripada 313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah yang wajib diketahui oleh umat Islam. Namun begitu , hanya lima orang rasul yang layak menerima gelaran Ulul 'Azmi iaitu Rasul pilihan Agung . Mereka yang terpillih ialah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan Nabi Nuh a.s.
Dibawah dipaparkan secara ringkas antara amalan , dugaan dan peristiwa yang dihadapi oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul 'Azmi khususnya untuk pengetahuan kita semua.

NABI MUHAMMAD SAW
  • Bapanya, Abdullah meninggal dunia sewaktu Baginda masih dalam kandungan. Ibunya, Siti Aminah pula meninggal ketika Baginda masih kecil. Kemudian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.ha. pula meninggal dunia pada peringkat awal kenabiannya. Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasuluallah SAW.
  • Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi. Yang tinggal dan membantu Bginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah.
  • Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khususnya dari Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Ketua Munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul.
  • Cedera dalam Perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.
  • Menghadapi ancaman hebat dari penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghdapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qasinuya' di M adinah.
  • Baginda taat beribadah, hormat orang tua, menyayangi kanak-kanak, banyak berjaga malam, banyak berpuasa, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagianya.
NABI IBRAHIM A.S.
  • Penentangan kaumnya terhadap dakwah baginda bawa khutbahnya daripada bapa baginda sendiri.
  • Dihukum bunuh dengan dilemparkan dalam api yang marak oleh Raja Namud. Dengan izin Allah S.W.T, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.
  • Baginda taat beribadah kepada Akllah S.W.T.
  • Baginda memperolehi anak (Nabi Ismail) apabika mengahwani Siti Hajar setelah sekian lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. (Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak)
  • Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s. yang dijalankan semata-mata takwa terhadap Allah S.W.T.
NABI MUSA A.S.
  • Walaupun baginda menjadi anak angkat Raja Fir'un yang zalim, baginda tetap tegas menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah. Penentangan Raja Fir'un dan kaumnya terhadap baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh baginda.
  • Raja Fir'un memanggil tukang-tukang sihir utuk menundukkan Nabi Musa a.s. tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan semua ular tukang-tukang sihir tersebut.
  • Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama para pengikutnya melintasi Laut Merah yang terbelah (atas pertolongan Alllah S.W.T. sedangkan Fir'un dan bala tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.
  • Asiah, isteri Raja Fir'un (ibu angkat Nabi Musa a.s. menerima dakwah baginda yang bawa.
  • Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berzikir.
NABI ISA A.S.
  • Baginda tabah menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa) oleh ibu baginda, Siti Maryam. Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah S.W.T.
  • Penentangan berterusan dari kaumnya sendiri.
  • Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berpuasa.
NABI NUH A.S.
  • Dakwah baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.
  • Umur baginda yang melebihi 900 tahun kebanyakannya digunakan untuk mengajar umat baginda mengesakan Allah S.W.T..
  • Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan sewaktu banjir besar melanda kaumnya, baginda masih tetap mengajak isteri dan anak baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah S.W.T. Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam bersama banjir manakalaa baginda bersama pengikut setia dan binatang-binatang selamat belayar dalam bahtera.
  • Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi semua makhluk Allah S.W.T.
Semua diatas saya merujuk pada buku yang berjudul 'Indahnya Hidup Bersyariat'....
Karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid...

Harap-harap buat tajuk ni..
tapi tak tahu masa akan datang..
Berusaha je buat yang ok.
Jia you ta men..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS