Pada 26 Jun 2009, saya pergi ke satu program ilmu anjuran Fakulti saya, Fakulti Pengurusan dan Muamalah. Tajuknya “Rahsia Kejayaan Bersama Alumni FPM, KUIS”. Haisshhh, kalau ada program yang boleh saya pergi tanpa apa-apa yang lebih kritikal, mesti punya…. Tapi, tak sangka sebest ni pulak program. Banyak ketawa sebab kelakar dengan gaya penyampaian ahli panel, yang bekas pelajar KISDAR atau KUIS itu sendiri. Sangat santai dan penuh mesej yang tersirat. Pecah perut juga saya dibuatnya.
Ahli panel yang pertama biar saya perkenalkan dia sebagai
· En.Erman Bin Taib. 27 tahun. Sudah berkahwin. Sekarang bekerja di Mercy Malaysia. KISDAR, ambil kos DIB (1999-2002)…
· En.Shahrul Bin Abdul Aziz. 28 tahun. Pengurusan jualan Carefour di Alamanda, Putrajaya. DBM (1999-2003)…
· En.Amir Bin Zainal Abidin. 24 tahun. DHR (2003-2006). Sekarang belajar di UIA, Bachelor aaa…
· Cik Siti Sarah. 26 tahun. DIA (2001-2004). Sekarang Excutive salesmarketing…
Saya hanya ringkaskan dan gabungkan keempat-empat ahli panel punya cerita. Antaranya…
Ilmu itu sangat bermanfaat dan akan menjadi lebih berguna jika mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T., para pensyarah dan Ibu Bapa. Nak mendapat keberkatan ilmu itu, satu sahaja jangan meniru. Ya, itu yang mereka semua tekankan kerana kalau meniru, takkan ada akhirnya… Dalam kerja nanti, nak meniru macam mana? Disitu akan terlihat bahawa kita tak pandai untuk bergantung pada diri sendiri.
Keempat2 orang ni punya personality yang berbeza seperti ada yang nakal, pendiam dan hidup dalam bulatan sendiri. Tetapi semua itu hanya kenangan sewaktu berjiwa atau berdarah muda.. Sekarang? Semuanya sudah menjadi lebih baik dan lebih matang serta faham bahawa perjalanan itu masih jauhl…
Dia orang bagi juga tip-tip untuk belajar… kalau benda itu memerlukan kita mengira, ulang balik kiraan itu dalam masam 10-12 jam. Kalau membaca, pensyarah sedang mengajar, berikan tumpuan dan faham akan penerangannya. Mulakan dengan contoh yang mudah. Sebabnya nanti dalam kerja, tak sama dengan soalan periksa. Kalau bos kata pergi managekan, takkan kita nak cakap manage tu ialah dot dot dan dot… So, kita kena faham betul2 manage tu apa… Mmm… formalnya ayat aku tulis ni…
Jangan hidup di kolej atau university ini dalam bulatan sendiri. Hiduplah dengan berpersatuan. Aktifkan diri. Hidup dalam masyarakat… Ambil pusing hal2 yang berlaku didalam kolej atau luar kawasan . belajar-belajar juga, jangan jadi katak dibawah tempurung.. Ye ke? Yo yo ooo je aku ni….
Banyak sangat pengisian yang disampaikan… saya hanya ambil cerita2 yang lucu. Yang selebihnya saya simpan untuk diri-sendiri.. Haisshhhh. Huhuh.. Bestnya.. yahoo….