HIDUP DALAM BULATAN...

Hidup Dalam Bulatan Sendiri.

Siapa tu? Anda? Kawan anda? Atau Kenalan jauh?
Mesti ada sebab kenapa orang itu suka hidup dalam bulatannya sendiri. 

Antaranya  nanti adalah hanya untuk jangka masa pendek sahaja.
# Mungkin ia akan berasa selamat.
# Mungkin ia akan rasa selesa.
#Ia tidak perlu memikirkan tentang orang lain. Dunianya hanya dia sahaja yang tahu.
#Ada benda yang lebih menarik dari melihat kemeriahan hidup orang lain. Dia sahaja yang tahulah..
#Mungkin dia suka akan suasana yang diam, sunyi dan sepi.

#Dia taknak terlalu jaga hati orang. So, kalau diam tak banyak cakap itu akan membuatkan dia lebih tidak berasa salah barangkali.
Tetapi sudah dikatakan ia hanya untuk jangka masa pendek sahaja. Soie na, ia ada keburukannyalah…
Antaranya :-

* Tak tahu kawan tu sihat ke? Dah makan ke?
* Tak tahu perkembangan sesuatu peristiwa di tempat yang diduduknya. Kalau kat tempat IPTA/IPTS, tak tahu apa aktiviti yang diadakan untuk mahasiswa.
* Kalau dia susah, nak minta tolong orang lain pun susah juga. Habis tu, dia senang, dunianya. Bila susah, pandai pulak cari orang.. ingatkan tak Nampak orang lain dah…
* Mulut akan berbau, sebab asyik diam je… Mulut tertutup.. tak da udara...
* Tak sedar kalau hidup macam tu pun buat orang lain sakit hati dan terseksa jiwa…
Kan saya dah cakap nak bagi satu alkisah ni.. yelah..
Tentang orang yang suka hidup dalam bulatan sendiri niii.. dari En.Erman.
Ceritanya lebih kurang begini.. saya ringkaskannya saja…
Ada la sorang ni,A (call his name A) memang dia suka hidup dengan bulatannya sendiri.. Dengar-dengar orang panggil 3 K(katil, kafe dan kelas)… Soie na, kalau sesiapa nak jumpa dia, bolehlah pergi ke tempat 3 ni… Senang. Itu satu kebaikkan juga la… Akan tetapi mestilah banyak keburukannya yang telah dinyatakan diatas. Siapa nak tambah? Angkat tangan, taip kat comment nanti.. terima ksih… tak salah kongsikan maklumat..

Sambung balik… Inilah kisah untuk menyedarkan si A akan pentingnya hidup bermasyarakat, berpersatuan dan berjiran. Ada satu kawannya, B(saya namakan dia sebagai B laaa…) nak pinjam motor, nak pergi makan jap dengan kawan-kawannya yang lain, A boleh kata kat B macam ni,
“Eh, cuba kau tengok motor aku tu, minyak nya… Aku rasa hanya boleh sampai kat rumah aku je… Sorilah…” punyalah jatuh rahang juga Si B ni.. ish3x… Kawan aku?… dia sedihlah..
Satu hari ni.. kawan yang lain yang selalu perhatikan cara dia hidup ni telah buat keputusan untuk mengubah dia…

Di tengah malam yang pekat, A sedang tidur nyenyak…
Kawannya yang lain itu bekerjasama mengangkat motor dia tu ke tingkat 3, letak dalam tandas…
Esoknya, A mamai-mamai pergi tandas nak solat.. Dalam mamai-mamai tu, motor? Kalau benda tu kepunyaan kita, dalam macam mana keadaan sekalipun kita boleh tercelik.
“Eh, macam motor aku.. Ada kunci pulak.. eh, memang sebijik ni motor aku”.. A pun fikir…
“Manalah larat aku nak nagkat sorang-sorang ni..” ..
“Mmm… Minta tolong kawanlah..” Eh, dalam tak bermasyarakat tu, ingat pulak kawan-kawan…
Kawan kan…. Takkan lah tak nak tolong dia.. tolong-tolong juga.. lepas tu B and the Gang pun khabarkan kat dia pentingkan hidup bermasyarakat ni… ish3x.. samapi macam tu sekali nak ajar dia…
So, dah habislah….
Claps the hands… -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS