Assalamualaikum. salam kembali..
uih.. terase rindu sngt kt lmn ni‼‼ (padehal xde ape2x pun kt sini..)
Banyak sangat yang sebenarnya nak dikongsikan. Semuanya manis2x belaka bagi kite.(kite kat sini saya maksudnya). Meh kite cerita satu persatu..
Perihal kawan
Kawan kite ada yang bertambah dan ada yang berkurang. (macam iman kita semua kan?)
kalau dulu selalu bertiga. (kdg2x terse mcm dibdi pule, sebbnye dri kecil sekolh rendh smpi menengh tige je kot kwn kite. kwn yg memg kwn la..) tapi sekarang mungkin lebih daripada sepuluh.. tapi yang selalu dekat dihati, seorang je..(Arasso‼) Best sangat dapat kawan2x ni. Semuanya saling lengkap-melengkapi.. Ade yang betulkan pemikiran, menambahkan pengetahuan, mengembangkan minda, melajukan kefahaman dan mengisikan badan..ha ha ha.. teringat satu kata ahli ekonomi, " semua orang adalah bijak kerana dia bijak pada bidang yang dia telah berusaha keras dan berjaya dengan bidangnya itu"..
Perihal pensyarah
Urm.. semester kali ni, semua pensyarah baik2x belaka. Lembut tetapi tegas dalam diam. Kebanyakannya suka menyelitkan kisah2x yang mencuitkan hati. Lebih2x lagi bila penumpuan pelajar mula menurun. Aish.. macam tak biasa pulak ye, kawan2x? ada yang matanya sudah berkelip2x, ada yang suka belek2x handset, main game, ade juge yg pura2x khusyuk padahal fikiran dan badan dah menembusi tembok dinding dewan kuliah. Urm.. saat nilah lecturer akan menyelitkan story yg best2x dan membuka semua punya hati, minda dan badan agar kembali ke dewan kuliah. (Kire mcm lec nk pnggil kite orng yg sudh berde di dunia fntsi msing2x la ni..) Kadang2x cerita tu tak logik langsung, teapi lawak untuk didengar.. tu yg kelakar then pelik sikit.. rindu pulak nak dengar story lecturer selanjutnya.. nasib baik cuti 1 minggu je.. (padehal nak cuti 1 bulan. ha ha ha..) Ade sorang pensyarah ni kata lebih kurang begini 'Buat apa kita ada sijil diploma ditangan tetapi satu habuk ilmu itu pun kita tak boleh bawa ke dunia realiti. Biar ilmu itu sikit, tetapi ada manfaatnya didunia luar/ alam pekerjaan. Jangan ilmu itu berakhir dikertas peperiksaan akhir saja. Kalau boleh biar ilmu itu sudah menjadi darah daging kita.Kalau kamu nak 'A', saya boleh bagi. Akan tetapi adakah 'A' kamu itu berguna di dunia pekerjaan nanti?")
Perihal adik-beradik
Semuanya sihat, ok. Yang UPSR dan PSRA, dh keluar result pun.. Alhamdulillah. 3A1B1C(UPSR) dan 90%(PSRA).. Yang PMR dan PMRU, tengah tunggu resultnya.. Yang SPM, tengah memerah semua tenaga otak pemikiran sekarang untuk menjawab.. Selamat Menjawab ye, untuk adikku yang manja satu-satunya lelaki. Yang lain2xnye, ade yg no. 1,5,18,dan 21.. Bersyukurlah.. Sesungguhnya akhlak itukan lagi yang mahu dilihat. Jangan pandai dikertas, akan tetapi tidak dapat berfikir secara rasional tentang sesuatu yang jelas mana baik dan buruknya.. yang abang kite 2 orang tu, biarlah rahsia.
Urm.. Tata semua..(@_*)
cerite sebulan hidupku di KUIS..'..
Posted by
⛅ Tomato Chan ⛅
|