Assalamualaikum.. salam semua.. dah lama jari tak menekan keyboard.. Bukan malas, tapi tak berkesempatan. Semua sihat? Urm.. Dengan keadaan cuaca yang selalu dan seakan-akan terus sahaja membimbangkan, jadi jaga diri ya semua terutama kawan-kawan..
Pelajaran
Nak cakap okey, tak juga.. macam tengah-tengah gitu. Tak terlalu lemah dan terlalu bijak. Kelas pun nak habis dah.. Final exam pun dah dekat. lebih kurang 2 minggu je dari sekarang. Excited nak cuti tapi takut date final pun dah dekat.. satu paper mid term je kot yang belum lagi. Dirasakan pula masa tak sesuai.. pukul 5 petang mula.. Sesuai ke?
PRK
Kebanyakan universiti atau kolej, pada awal tahun inilah mereka akan bertukar zaman pemerintahan. tak macam realiti punya PR, 5 tahun sekali. Itu pun kadang-kadang tak cukup kuota.. hehehe.. tak terkecuali kolej kite.. Kite pun tunggulah la bila KUIS ni nak war-warkan untuk mengundi.. Okey, bagus.. dah nampak iklan.. tanda-tanda tu.. tup-tup, tiba-tiba, opocot, eh, hah?? tak ada pengundian sebab semua menang tanpa bertanding!! Bila pulak tu? rupa-rupanya MPM lepas tawarkan diri sendiri.. Boleh ke? tapi yang penting betul ke berita ni? betul ke mereka tawarkan diri-sendiri? Atau dipilih oleh pengurusan pelajar? Urm.. esok malam ada HIMSIS. Tak pasti juga nak pergi atau tak.. kalau ada teman, ok jugak.. tapi mesti teman yang sekepala.. mungkin ada penjelasan yang kite nk tahu ada disana.. hohoho.. Menurut Along, dia kata ada PRK sesetengahnya macam tu.. okey.. Accept jelah walaupun rasa sangat dan tersangat-sangat pelik..
Fobia
kawan-kawan pernah fobia? kenapa? Setiap orang juga punya rasa fobia. Cuma sama ada terlampau atau biasa-biasa saja.. tapi tak semestinya kita fobia sepanjang masa. Mungkin kadang-kadang juga.. Ia bergantung kepada banyak faktor. Antaranya persekitaran, kawan, cara kawalan emosi, pergaulan, interaksi, dan jiwa. Ada kawan-kawan boleh bagi contoh yang lain?
Tipu / fraud or cheat
kawan-kawan pernah tipu? Atau ditipu? Emmmhh.. tapi kalau tipu mak, mesti akhirnya mak dapat tahu juga kan?? Dulu, kite ingat tipu ni benda yang terang-terangnya kita tahu itu tipu. Contoh. Aishah duduk tinggal dengan Aminah sebilik. Aishah tanya Aminah, " Ada kelas?". Aminah pun cakap ada. Dah pergi dah... Tapi sebenarnya Aminah tak pergi pun.. Aishah manalah nak sangka Aminah bohong dia.. Tapi bayangkan situasi tu berlaku hampir 2 bulan lebih.. Aishah pun tak tahu dah mana yang Amianh cakap betul atau bohong. Mana Aishah dapat tahu Aminah tipu? kawan baik Aminah sendiri bagitahu. Kite ingat tu jela kot menipu. Satu hari kite tanya kawan kite pasal ni. Dia cakap kite pun suka meniru. Contohnya "eh, 50 sen nak pergi mana-mana lepas ni?". Kite pun jawab, " Nak pergi cafe. Bila dah sampai tempat, kite pun cakap lagi.. "Eh, silap, kite nak pergi kedai runcit kat atas la..". so, tadi cakap lain, sekarang cakap lain. kena direct terus. tak boleh belok-belok.. kalau rasa benda tu tak ada maknanya untuk menipu, kenapa mesti menipu? Jadi, bile asyik kena tipu, kite rase takut nak jumpa orang, bercakap dan menambah kawan baru sebab takut mereka tipu kite lagi.. rasanya macam tak sanggup je jadi kena tipu. betul la kata adik dan abang dulu. "Kak, kat sana nanti, hati-hati. Akak tu mudah kena tipu." Kite jawab dengan penuh tak sedar diri. "Mana ada. Akak kan 'jarang' menipu, takkan orang nak tipu kite. kalau kite tak tipu orang, Akak yakin orang pun takkan tipu kite..". tapi bila dah merasa kat sini setahun lebih.. baru kite faham apa yang mereka cakap..
Sebenarnya kita nak tulis lagi.. tapi sat lagi kawan nak datang.. Tata dulu la untuk post kali ini.. tata semua.. Salam minta diri..