Salamun'alaikum
kepada seluruh umat Islam yang menganutinya dengan baik sekali..Saya ada beberapa coretan yang nak dikongsikan. Sebelum itu saya memohon maaf diatas bahasa melayu yang kurang baik baik dari segi pemahaman, penulisan dan tanda baca serta kekurangan saya dalam segalanya..
Bulan Ramadhan
Seperti yang kita semua sedang mengalaminya, sekarang kita semua sedang berkursus dengan Allah S.W.T selama sebulan khususnya dibulan Ramadhan dan umumnya dibulan kalendar hijrah yang lain. Amalan-amalan yang kalian lakukan dibulan Ramdhan itu diteruskan juga pada bulan-bulan yang lain.. Cuma pahala dibulan paling mulia Islam ini ialah berlipat kali gandanya... Selamat menyambutnya dengan persiapan diri dari segi emosi, rohani dan persepsi.
Peperiksaan Akhir dan Kampung Halaman
Sekarang ini juga mingu dan minggu berikutnya, saya dan teman-temann seangkatan sedang menjalani peperiksaan akhir. Ada yang tamat awal, pulang ke kampung halaman awallah. Ada juga yang sebaliknya... Selamat menjawab dan selamat pulang beraya.
Edit Blog
Sudah lama saya nak ucapkan terima kasih pada orang yang mendesignkan blog saya, akan tetapi tak terucap-ucap. Tajuk pun diubahnya agar lebih sesuai dengan diri saya. "Pengembaraanku Masih Jauh". Nampak mudah, tetapi mendalam maksudnya bagi saya. Orangnya ialah tak lain tak bukan orang yang menyelesakan dalam hidup saya, abang long (Along). Terima kasih na..huhuh..:)
Sekian sahaja buat entri kali ini..Salam Ramadhan Al-Mubarak