percubaan nasihat 1


salamun'alaikum.. Selamat beribadah dibulan puasa ini, Ramadhan.

Coretan saya kali ini lebih berbentuk mungkin nasihat. Mungkin disebabkan saya memiliki adik perempuan yang ramai. Saya ingin meninggalkan sesuatu untuk mereka bila kelak saya tidak ada dimuka bumi ini lagi. Saya harus menasihati mereka. Saya takut kelak saya akan dipersoalkan. Saya takut jika saya terlalu sibuk atau tidak berkesempatan menasihati mereka secara langsung, mungkin dengan cara berblogging ini, mereka lebih memahami dan mendengar kata. Lagipun mungkin saya terlalu bertegas jika berlangsung. 

Itu dan ini tak boleh. Apa yang boleh, kak?? Itulah persoalannya. 

Jika saya ada kuasa, saya ingin melindungi mereka 24 jam. Lebih-lebih lagi keadaan masalah sosial sekarang yang membuatkan saya terlalu takut untuk keluar rumah tanpa arah tujuan atau hatta membenarkan adik2 bermain diluar rumah. Adik saya tanya kenapa akak tak suka keluar rumah?? Macam mana nak saya jawab. saya terlalu takut dengan orang diluar sana. Terlalu banyak penjenayah yang tidak kenal perikemanusiaan. Kalau mereka peri, maka adakah mereka berkelakuan seperti itu? Masalahnya lagi penjenayah ini tidak mengikut taraf. Kaya ke miskin, berpangkat tinggi ke rendah, berkuasa dalam masyarakat atau tidak, berilmu atau tidak, berkolar putih atau tidak. Semua jenis ini sudah terlibat dalam jenayah yang amat menyeramkan dan sangat kejam. Bagaimana adik-adik saya dapat hidup dengan baik dan tidak berpengaruh dengan keadaan sedemikian?? Siapa boleh jamin adik-adik saya akan dapat hidup berbaik kelak?? Jadi, peranan saya sekarang sementara mereka masih kecil dan boleh dengar kata saya, adalah nasihat mereka.Nasihat ini untuk saya juga sebagai kakak..

  1. Bila keluar rumah, bacalah ayat Qursi atau ayat2 suci sebagai cara untuk memohon perlindungan dari Allah s.w.t. Ingatlah Allah s.w.t. sahaja yang kita mesti yakin akan perlindungan-Nya jika kita mengingati-Nya selalu.. Keadaan juga sama ketika dirumah wahai adik-adikku..^_^
  2. Bila keluar rumah, jagalah pakaian yang membaluti tubuhmu. Tutuplah mengikut apa yang Islam suruh. 
  3. Jagalah hubungan diantara adik-beradik. Saling mendoakan mereka punya kesejahteraan didunia dan diakhirat dan saling menjaga ukhwah walau jauh ditimur, barat, selatan dan utara.
  4. Jangan bergaduh lama-lama dan menaruh perasaan dendam. Berfikirlah, mungkin teguran itu adalah untuk kebaikan kamu kelak.
  5. Belajarlah bersungguh-sungguh..

 Sekian untuk entri kali ini. kita berjumpa lagi bila bereksempatan. maaf semua..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS