Salamun'alaikum...
Banyak yang nak dicoretkan, diluahkan, disembangkan yang sebenarnya.. tetapi saya malas... Soie na, diringkaskan saja. Kite (saya) pun dah semester akhir dah ni... nak kata sibuk, tak. Masih diawal semester. Keputusan semester lepas, Alhamdulilah. Syukur pada Tuhan... Ada key yang nak ditaipkan disini..
Kawan
Ya, rindu sangat2 kat mereka. Kawan yang membuat saya rasa bersalah walaupun dia sudah memaafkan tetapi hati susah nak terima kesalahan yang saya buat padanya. Bagi saya, kalau buat salah kat orang yang tiada hubungan darah dengan saya, adalah sukar saya untuk memaafkan diri sendiri. Walaupun mungkin mereka telah memaafkan saya. Benarlah kata orang 'berfikir sebelum ingin membuat sesuatu' Memang seronok mengikut ikut hati ini. Asyik merasakan tindakan sendiri betul. Hakikatnya??? Salah! Ada seorang kawan ni, Kak Miza. Dia kata "Nisah kena berani dan hadapi setiap sesuatu perkara yang berlaku . Jangan lari. Have to face it although it's too hard to face.' Kawan-kawan yang baik juga semakin +++... Fei chang Xihuan Ta Men...:)
Persoalanku 'Terlalu'
Setiap hari terlalu banyak persoalan yang saya nak tahu. Terlalu banyak perkara yang saya tak faham. Terlalu banyak yang saya menerima tanpa saya bersedia untuk menggapainya dan melarutkan ia didalam otak. Terlalu keliru untuk memilih yang manakah sebetulnya kite(saya) harus memilih @ bertindak. Terlalu susah bagi kite (saya) untuk memutuskannya jika tanpa pertanyaan kepada orang yang lebih memahami. Kalau setahun yang lalu mungkin boleh tanya pada Along setiap persoalan itu timbul, kini mungkin bertukar kepada adik lelaki @ abang ngah. Ummi sudah semestinya rujukan utama. Selangkah kite (saya) berjalan, berubahlah jalan dibelakangku.. Seakan-akan setapak yang dipijak, sukar untuk berundur. Seakan-akan memberi kite (saya) amaran, 'fikir2lah'... Semua ini membuatkan saya merindukan zaman kanak2 dan di alam bangku sekolah... Haishhh...
Jiran
Jiran-jiranku yang baik. Membuatkan kite (saya) amat mengasihi mereka. Kawan2 Ummi, Abi dan jiran2 yang nakal membuatkan kite (saya) selalu tersenyum.. hahaha.. tak sangka dia orang semua dah besar2... tak sedar tumbesaran dia orang. kelakuan mereka semua amat comel sekali... Kite selalu kalut dengan jiran... malunya..:)
Tenaga Pengajar
Kite amat berterima kasih kepada semua tenaga pengajar yang berkelulusan U atau tidak yang mengajar dari usia kite sesaat sehingga saat ini. Kalau boleh sehingga saat ajal menjemput. Saya berharap ketika saat itu, ada manusia yang akan mengajarnya... Cikgu2 semua baik2 belaka. Cuma kite yang degil, keras kepala dan tak mahu dengar kata. Semoga cikgu2 semua dilindungi Allah s.w.t sentiasa hendaknya.
23.10.1990
Tarikh ini, kite telah dilahirkan oleh Ma kite. Dua hari selepas Ma kite membuang kertas undi, kite pun nak dilahirkan. Terima kasih Ma...:) Along kata usia kite tinggal sikit je kat bumi ini.. Seperti biasa, kite tak faham. Rupanya betullah.. Usia meningkat, Baki usia pun menurun. Sampai ke usia 21, 22 @ 25? Sukar nak dijangka.. Mungkin esok @ lusa. Mungkin sebentar lagi. Bila memikirkannya, buat kite nak merasai detik usia dengan penuh nikmat dan kesyukuran. perlu diisi dengan benda2 yang baik. Semangat je lebih. Bila nak mulakan?? huhuh..:)
Kemalangan
Kemalangan yang berlaku sejak akhir-akhir ni, pelik2 saja... Innalillahiwainnailaihirojiun.. Berhati2lah ketika berada diatas jalan raya. Baca doa. kenderaan...
p/s : Hargai kasih sayang dengan perkataan dan perbuatan. Amat shang Ni he Xiang Xin Ni..