Masih Ingin Bercerita

Salamun'alaikum.. 
Sihat? Agak kaku sebenarnya untuk kite menceritakan pada awal entri kali ini. Entah kenapa... Tetapi kite masih ingin bercerita. Mungkin minda masih mengawal diri. Akal tidak dapat berfungi dengan baik... Tinggal tak sampai 3 hari je mesti balik kolej. (Kite nak tambah cuti sendiri..)

Dilema apa-apa sahaja...
Permulaan semester kali ini agak lambat perjalanannya. Kelas yang banyak berlopong. Tenaga pengajar @ cikgu yang mungkin tidak cukup. Walaupun agak 'excited' nak belajar, tetapi tak dinafikan kadang-kala perasaan itu hilang tetiba. Agak sukar untuk mencari semangat jika tiada sokongan ahli keluarga dan teman2 rapat. Ummi selalu je ingatkan kite Isnin ni ada kelas. Takkan tak nak pergi kot.. Ummi seperti tahu kite nak tambah cuti. Kite ambil cuti pun sebab minda masih mengawal, bukan akal... Tetiba, kite rasa kite tak faham apa perbezaan minda dan akal?? Haish... Selalu je ada benda yang mengelirukan setiap hari. Cuba juga untuk berfikiran logik, tetapi tak dapat jumpa jawapan.. Satu kelemahan yang tak dapat diselamatkan. Mungkin... Kelakuan ini kadang-kadang membuatkan kite takut untuk memberikan pendapat @ bersuara. Kalau kata-kata hanya akan menambahkan kemarahan orang, lebih baik diam. Tapi, kalau diam, nanti orang fikir kite tak beri perhatian tentang apa yang dicakap... Ini membuat kite keliru juga..(!_^) Ni yao wo semmeyang? Zenmeban? Wo ye bu zhi dao tui bu tui shi shenme shi...


Komunikasi
Komunikasi itu penting. Jika ada berlaku pertelingkahan @ salah faham, komunikasi sahaja jalan penyelesaiannya. Mungkin pada peringkat awal untuk 'menyembuhkan' ikatan persahabatan yang sudah lama terjalin agak kaku @ tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita telah mencuba untuk menjernihkan hubungan itu. Terpulang kepada bagaimana sambutannya. Selagi kita tidak memulakan, bila nak tahu sama ada dia sudah memaafkan @ tidak... 

 Permisi..."_~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS