...Kadang-Kadang Sahabat...

Salamun’alaikum.

Ada yang sakit sikit-sikit?
Wah^.^ Makan ubat dan minum air suam selalu.
*Tapi… Saya nak ais… Arasso~.~*

Heheh=)
Hari ni hampir genap sudah 5 bulan saya dialam sekolah baru. Rasa sangat suka^.^
Banyak juga yang saya belajar, lagi lagi lagi banyak yang saya perlu mesti harus kena belajar. Hahaha^.^

Saya teramat suka dengan sekolah sekarang.
Ya, buat saya selesa.
Kurang selesa? Ada juga. Hehehe… Biasalah,
Pandai-pandailah kita bawa diri, kaki kita sendiri, Jangan lupa buku hati panduan sudah diberi, jangan salahkan orang disisi. Mengenali semua-semua sahabat sekarang amat saya ingin jaga.
Sahabat yang terkenal dulu-dulu?
Wah^.^ Yang itu juga ingin dijaga juga. Tetapi saya suka prinsip begini
“Bertambah seorang sahabat, bertambah satu % kasih untuk sahabat yang sedia ada juga.”

Sahabat mencerminkan diri kita?
Ya, betul tu. Sekurang-kurangnya itu hanya tanggapan awal dalam perkenalan kepada sahabat yang baru. Yang kurang + yang lebih = sama. Hehehe^.^
Saya yang selalu sering kureng, akan belajar ingin belajar dan mesti belajar pada sahabat-sahabat yang banyak ilmu. Curi2 ilmu. *Silap, kongsi2 ilmu.* Sharing is caring. Caring is loving. Hahaha~.~

Kadang-kadang, niat untuk gembira, sangat teruja pada awalnya sebelum sesuatu yang berlaku, akan jadi lebih yang kita tak terjangka.
Kadang-kadang bila terfikir fikir-fikirkan rasa kelakar.

Kadang-kadang apa yang kita suka akan sesuatu, kita tak akan dapat. Mungkin kurang sesuai gamaknya. Contohnya, suka akan warna merah, tapi kebanyakan apa yang kita beli atau dekat dengan kita warna sebaliknya seperti pink dan coklat. ~.~

Kadang-kadang, kita merasakan apa yang kita buat adalah tidak salah, tapi secara tak sedar mengguris hati orang lain. Maaflah yang menjadi mangsa pertuturan… Sangat malu jika asyik buat salah. Lebih-lebih lagi perkataan. Tegur-tegurlah agar boleh di’padam’ salah yang boleh yang di’padam’. =)

Kadang-kadang, kita merasakan apa yang kita buat adalah untuk kebaikan diri dan keluarga, tapi sebenarnya kita hanya ingin menegakkan benang yang basah. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari agar salah faham boleh terungkai dalam sesuatu perkara.

Kadang-kadang kita merasakan mungkin kita sihat dalam segala segi, pandai dalam segala segi, mahir dalam segala segi, berani dalam segala segi dan lain-lain dalam segala segi. Tapi... Hakikatnya kita adalah sebaliknya kerana semua itu perlukan pencarian ilmu sepanjang hidup, tidak terhenti selagi nadi tidak berhenti berdenyut. Setiap hari ada ilmu baru sama ada kita mahu menyedarinya atau tidak, mengambilnya sebagainya pengajaran atau tidak, menilainya atau tidak, berfikir tentangnya atau tidak ATAU kita membiarkan ia berlalu SAMA seperti semalam, kelmarin dan tiada perubahan.

*Kata itu ilmu, tapi dinilai akal yang sudah menuntut ilmu terlebih dahulu.*
~Shiunggg~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS