JALAN_JALAN, JOM...

Salamun’alaikum.
Beri salam pagi Jumaat yang ceria lagi suka. Hehe.=)
[Gara-gara dah sampai kelas, mungkin cikgu ada emergency case. Tandanya? Cancel class… -__-]

JALAN_JALAN
Hehe =) Suka ya dibawa jalan-jalan. Jalan-jalan dirancang juga ada jalan-jalan tak terancang. Untuk pergi ke kelas, pengangkutan cinta adalah bas awam tersayang. Kenapa kena ada cinta dan sayang? Hehehe =) Tengok ya, kita kena tunggu ‘dia’, mencari-cari bayangan kelibat ‘dia’, kalau tertinggal beberapa saat, terkejar-kejar nak menyaingi ‘dia’ dan ‘dia’ suka bawa kita jalan-jalan. Suka.  Dah dua kali dia bawa kita jalan-jalan tak terancang. Mula-mula buat pusingan U dan semalam bawa jalan-jalan jauh sedikit. Ya, sangat suka. Bayangkan dengan ‘gembiranya’ tamat kelas, muka pun agak-agak kelat termakan hempedu ayam. Jadi, bila dibawa jalan-jalan, panic-panik juga. Takut ‘dia’ lupa kita nak kemana, rupa-rupanya nak bawa kita jalan-jalan. Terima kasih la… =) Kita nak dibawa jalan-jalan tak terancang lagi. Hehe =)

Tata.

[ringkasnya…~_~']

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

nO tiTle... Uhuh

Salamun’alaikum. Salam pagi Jumaat.


PERUBAHAN ITU SELALU
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. HeheJ
Kekadang kita tak boleh terlalu pasti akan sesuatu. Ohh, ‘result exam’ dah nak keluar. Sepatutnya 6 haribulan yang lepas, tetiba tukar tarikh 6 hari kemudian. Jadi, tinggal 3 hari lagi. Subjek yang diambil untuk semester pendek yang lepas hanya satu.

“Ohh… Mudahlah dah nak ‘score’…”
“Untunglah… Tak payah pening2 nak buat ‘time study’…”
“Cepatlah habis, boleh cuti. Hati senang.”

Sebenarnya berapa subjek sekali pun diambil, kalau ada sifat M_____ [isikan ‘alas’], huhuhJ Result pun macam nak bagi yang bersifat itu juga. Jangan ambil sesuatu itu dengan mudah.


RISAU UNTUK SEMUA

“Saya risau akan kamu.”
“Saya lebih risau akan dia.”
“Eh, saya rasa saya lebih risau akan kau.”
“Tidak, tidak. Saya rasa saya lebih terlebih lagi risau akan engkau.”

Sebenarnya, kita memang selalu risau. Risau akan semua orang yang dekat dengan kita terutama hubungan yang ada darah [tali kekeluargaan]. Ya, sifat semua orang tidak sama, wajarlah tahap kerisauannya berbeza. Tetapi yang satu yang kita perlu faham, tahap kasih sayangnya SAMA untuk SEMUA. Kalau pun terlebih kasih sayangnya naik 1%, semuanya yang dekat juga akan naik 1%. Cuma bila yang lebih risau itu, diberi perhatian yang lebih. Jangan orang yang kurang risau itu berasa tidak diberi perhatian, kerana mengurangkan risau seorang yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendidik, menjaga anda itu bukankah satu kegembiraan buat dia dan anda sendiri. Mengapa harus berebut untuk menjadi orang yang paling banyak mendatangkan kerisauan? [Untuk diri sendiri]


ALAM SEKOLAH
Melangkah kembali ke alam sekolah. Ya, saya akan kembali berdaftar 13 ni, tetapi tidak tahu jika ditukar tarikh lagi. Adik-adik pun akan kembali ke sekolah, tinggal 3 minggu lebih saja.

Ada hikmah sesuatu yang kita harap, tetapi tidak tertunai. Mungkin yang lebih baik akan datang tanpa kita sedari. Kekadang mungkin baik dimata masyarakat, dan dunia sekalipun. Tetapi mungkin bukan yang terbaik buat kita. Doalah yang terbaik buat diri, bukan sekadar mendengar pandangan-pandangan orang.

“Sekolah itu terbaik.”
“Sekolah itu lebih sesuai dengan adik.”
“Saya nak sangat-sangat masuk sekolah itu.”
“Hurm… Saya rasa saya akan tersenarai untuk memasuki sekolah itu.”
“Tak mahulah masuk sekolah itu. Ish3.”

Keputusan yang disangka baik atau mungkin baik, tidak boleh dipastikan kita akan dapat masuk sekolah yang kita nak. Semuanya itu hanya usaha, mungkin bukan rezeki kita untuk masuk sekolah yang kita nak. Bila terlalu berharap dan yakin akan dapat masuk, bila ditolak, kecewa seGunung Kinabalu menghuni hati. Parah lagi kalau mengalami kesedihan yang melampau. Kesedihan yang melampau yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan…
Pantau ahli keluarga andaJ
Mungkin sekolah yang kita rasa terbaik itu dan terbaik baik-baik dimata kita, keluarga dan masyarakat sebenarnya bukanlah yang terbaik buat kita untuk hidup sepanjang pembelajaran disana. Bukankah Allah Maha Mengetahui sesuatu yang kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang? J
“Semua tempat itu sama, yang penting akhlak. Tahu niat kenapa nak masuk tempat itu.” – Ummi

Tata. Jaga diri. Jaga kesihatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percubaan Nasihat 2

Salamun’alaikum.
Disebabkan tahu usia ini semakin singkat, sedetik cuma. Adik2 yang ramai yang akan ditinggalkan. Meninggalkan mereka sementara atau buat selama-lamanya. Jadi, coretan ini khas buat adik2 sedarah Yun, Ecah, Cik Pah, Ilah, Enjah dan Ain Otai. [Gelaran Otai dari Along…J] Bahasa yang digunakan untuk menggambarkan diri  adalah akak. Umum buat yang membaca.


Tudung
Baik. Kalau cakap pasal berfesyen, akak memang kalah. Bermacam fesyen tudung didunia. Pantas perubahan fesyennya. Baik, memang tak dinafikan ia sangat cantik. Yang penting menutup aurat mengikut Syariat Islam. Bertudung atau menutup aurat kepala keparas yang sepatutnya memang hendaklah mengikut syariat. Fesyen tudung sekarang juga yang seakan-akan ‘sisters’. Seakan-akan, bukan sama. Tidak apa. Seperti baju konvo yang seakan-akan tetapi tidak sama seperti jubah paderi. Kembali ke tudung, tidak salah berbangga, tetapi jangan berkata sehingga begini.
Si B: Sila tutup aurat dengan sebaiknya. Ada yang tersingkat. Terdedah bahagian yang tidak sepatutnya.
Si A: Kira baik la pakai tudung. Kalau tak pakai, ya la…
Si B: Anda berbangga dengan pakai tudung? Menutup mana yang patut memang kewajipan anda.
Banggakah anda dengan hanya memakai tudung. Ya, memang tidak salah tetapi jangan terlalu mendabik dada. Ia memang kewajipan. Jaga bahasa yang digunakan untuk menjawab. Menerima kritikan dengan berlapang hati. Kalau salah Si Penegur, tegurlah juga. Jangan diam membiarkan Si Penegur itu dengan ilmu jahiliahnya. Kalau menegur keras sekalipun, akak tahu nanti kalian dah besar panjang, ada pandangan hidup berfesyen sendiri. [Akak kolot bab ni.] Ada hidup sosial berkawan yang berskala besar bila habis alam sekolah. Alam belajar kolej universiti dan alam bekerja. Ya, disitu lagi banyak yang akan mempengaruhi cara untuk berfesyen. Ikut kata hati, tegas dengan prinsip diri.


Pinjaman
Sedetik cuma.
“Sekejap je.”
“ Dekat je.”
Kekadang nak keluar rumah, aurat yang ditutup tidak sempurna.
            “ Alah, takda orang nampak. Malam.” Kalah akak dengan suasana malam. Ya, bila malam, akak selalu sangka tak da orang nampak. Jadi, tutup pun tidak sesempurna mana. Malam lebih mendatangkan banyak fitnah dari siang. Tidak dinafikan. Keluar malam, apa pandangan orang? Bekerja malam? Jalan2 waktu malam? Kekadang rasa bersalah menegur jika akak pun jalan macam ular dipukul palu. Seperti tiada kaitan dengan pinjaman? Ada.
Baik, kalau adik meminta barang untuk dipinjam dan digunakan dengan betul dan ditempat yang betul, pasti tak da masalahnya unutk diberi. ‘Sharing is Loving’? Tetapi kalau salah digunakan, tahukah adik2 dosa itu akak juga dapat sahamnya. Dosa sendiri dah manaiki anak tangga terakhir kepuncak dada langit, nak kongsi saham lagi. Wah! Wah! Senget yang dah tak tahu macam mana bahu kiri akak ni. Lebih-lebih lagi kalau adik-adik lakukan perbuatan itu didepan mata akak. Akak nak berdiam diri dan pandang sebelah mata??? Akak hanya ada sedtik cuma waktu buat hidup didunia ini. Bukan selalu 24 jam bersama kalian. Bukan boleh pantau adik-adik 24 jam. Ya, cara akak tegur memang kasar. Tidak dinafikan. Bahasa kasar.
[Kalau nak lembut, nanti akak serahkan tugas tu pada Abang-abang kamu. Mereka terbaik dalam menjaga adik-adik perempuannya. Akak memang kasar, jahat dan kejam. Tidak dinafikan.]
Bukan senang nak bagi pinjam sesuka hati. Kalau nak buat, jangan biar akak nampak. Tetapi bukan akak mengizinkan adik-adik buat sesuka hati dibelakang akak, tapi akak dah tegur. Ikutlah hati dan ilmu adik-adik yang lebih tinggi, lebih tahu hukum dan lebih bijak dari akak.


Maafkan akak.
Bao Zhong. Zai Jian.

Entri sebelum ini disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rUMAh sAKIt


Salamun’alaikum.
Semoga semuanya dipermudahkan urusan harian. Urusan harian yang semakin banyak seiring dengan usia yang semakin meningkat dan umur berbaki yang semakin singkat. Sedetik cuma.
 [Suka bahasa dan ayat ‘Sedetik Cuma'. Pendek patah katanya, akan tetapi prinsip yang selalu saya amalkan.]

Sebelum tu saya ingin menggunakan bahasa aku. Huhuh…

Ingin bercerita dunia rumah sakit atau dipanggil dengan lebih dikenali hospital. Asal keturunanku masih ku ingat. Cuma belum menjejakinya dan kalau tiba masanya, aku ingin menjejakinya. Tiada mereka, tiadalah aku didunia ini.

Cerita Satu.
Seorang perempuan muda selamat melahirkan anaknya. Alhamdulillah. Akan tetapi kelihatan murungnya wajah dia. Bukan dia tak suka anak tu, tetapi anak tu tiada ayah yang halal untuk dibintikan. Bukan niat dia untuk melahirkan anak luar hubungan halal, akan tetapi dia dilakukan dengan ‘cara kasar’. Sekurang-kurangnya dia masih melahirkan bayi yang tidak bersalah tu. Sedih dan keliru ekspresi wajahnya.
[Sekurang-kurangnya dia melahirkan bayi itu dari ‘membuangnya’ sebelum tiba masa untuk mengenal dunia. Bukan kerelaan dia.]

Cerita Dua.
Seorang perempuan selamat melahirkan anaknya. Akan tetapi bayi itu meninggal dunia pada hari pertamanya kerana dihempap ibunya sendiri ketika tidur. Ibunya mengiring untuk memberi minum kepada bayi itu tetapi cara postur badan ketika menyusukan berbaring menyebabkan bayi itu meninggal dunia.
[Postur badan ketika menyusukan anak juga harus dipelajari untuk ibu-ibu yang mengandung.]


Hari yang sama, tempat yang sama. Aku dilahirkan.

Tata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

akU yanG masiH hiduP

‘Hiduplah disuasana yang hidup dalam erti kata sebenarnya dan
berjuang untuk hidup disuasana mati.’
’
Salamun’alaikumJ
Kesihatan masih ditahap yang memuaskan. Jika sihat sepenuhnya adalah mustahil kecuali Firaun. Cuma sakit itu masih dboleh dikawal. Kalau tidak terkawal, ubat tahan sakit jadi jamuan setiap hari. Jika masih tidak terkawal, tinggal di disuasana serba kebiasaannya putih. Jika memang sudah tiba saatnya, pasti juga ke ‘sana’.
Cerita yang saya masih hidup.
[Xingfu nimen de kuaile ketika shu shi de wo de shi wang. Man man.]

NIAT
Apabila kita ingin melakukan sesuatu, kita akan berniat secara langsung atau tidak langsung. Kebiasaannya ia berlaku secara langsung. Contohnya “Esok, kita nak buat itu dan ini.” Kadang-kadang niat yang biasa boleh jadi luar biasa bila sesuatu yang tidak terjangka terpaksa dihadapi. Itu ujian. Niat yang baik memang dipermudahkan cuma masih pastinya ada ujian-ujian yang perlu dihadap. Suka atau tidak, mungkin ini yang terbaik.

MATANG
J Senyum dulu. Raut wajah boleh jadi lebih matang dari usia dan boleh jadi muda dari usia.
“Awak nampak matang dari usia.” JJJ
Tetapi bergantung kepada bahasa yang selesa untuk sesorang menggunakannya seperti
“Awak nampak tua dari usia.” JJJ
Raut wajah matang atau muda bukan boleh diterjemahkan tahap apa akal fikirannya. Tidak semua boleh dinilai hanya sekilas pandang sekali atau pandang pertama. Tetapi tidak menafikan pandangan pertama itu penting. Jika positif, pasti ada niat untuk mengenali dengan lebih lanjut. Jika negatif pun, nak tahu juga lebih lanjut. Pasti ada cerita seribu satu ceria dan duka. Matang bukan bermakna hidupnya penuh dengan cabaran yang tertekan punya positif.

CIK/MISS
JJJ Cikgu berketurunan India yang mengajar untuk semester ini sangat saya suka. Saya suka Miss Kala Devi. Saya suka cara dia mengajar. Dia membuatkan saya selesa untuk belajar. Suka cara dia mengajar. Suka. Tiada kata lain untuk menjelaskan [describe] tentang dia. Always make me smile during classes.J Penghargaan untuk dia. Terima kasih. MesraJJJ.

LARI TIDAK DIBENARKAN
Saya diikat?J Bukan. Saya sambung ayat sambungannya.
‘Lari tidak dibenarkan untuk saya jika saya masih berdetak jantungnya.’
Kadang-kadang kita hanya mendengar cerita tentang orang lain. Pastinya kita tak berharap situasi berlaku keatas diri kita. Lebih-lebih jika situasinya sangat menyedihkan atau menyeramkan. Bukan kita ingin menjauhi mereka tetapi jika tidak kuat untuk bersama, mengapa harus mengambil risiko? Ayat memang sempurna, hahahaJJJ Am I laughing to my own life? Yup!. Ini soal hidup cara kita bersosial. Bukan ayat2 cinta, tetapi cara kita bersosial. I repeat again, the way how you life in your circle social friends in the community.
Sekolah Menengah – Dengar2 cerita.
Diploma – Berkenalan.
Sekarang – Hidup sebumbung.
Lagi jauh anda lari, mungkin pernah terfikir untuk lari, lagi banyak ia mendekati. Maksudnya bagaimana kita mahu hadapinya.
[Kadang-kadang terfikir, kenapa masalah sosial yang satu ni selalu je melekat terikat diluar diri. Minta diperjauhkan.]

TULISAN DIWAJAH SAYA
                        ‘Kongsikan masalah anda dan luahkan rungutan anda’
Jauh panggang dari api. Hidup didunia masyarakat sebenar bukanlah cerita fantasi seperti penuh imaginasi hidup seorang puteri dizaman purba.
Hidup ini perlu diteruskan walau pahit untuk ditelan. Dia mungkin kita pernah jumpa kali pertama dan bersembang mungkin sekali seumur hidup atau kelak kita tidak akan berjumpa lagi tetapi dia membuat kita terngiang2 ceritanya, cara hidupnya dan apa yang diperjuangkannya untuk meneruskan hidup sekali ini dengan langkah yang semakin perlahan, sakit hati yang semakin teruk, air mata yang sudah kering dan harapan yang tersisa untuk dia sendiri sekurang-kurangnya. Kata-kata cerita realiti didengar sendiri oleh telingar dua ini yang memberi mungkin satu dalam sejuta nasihat yang saya perlukan dalam meneruskan hidup ini. Hanya mampu melemparkan senyuman buat dia.
[Seorang aunt yang berketurunan India is dia.]

PENGORBANAN
Pengorbanan positif dan negatif. Berkorban sesuatu untuk mendapat pahala Allah s.w.t. adalah +ve seperti berhenti bekerja untuk menjaga ayahnya yang sakit. Hantar ayah dihospital setiap hari. Pengorbanan ini pastinya tinggi kerana ganjarannya ialah pahala kerana taat kepada ibu bapa. [cerita realiti seorang anak perempuan jiran kampong nenek. Sangat kagum dengannya.]
Berkorban sesuatu yang berdosa atau dilarang Allah s.w.t. adalah –ve seperti jual diri untuk meneruskan hidup didunia ini seperti bayar yuran pengajian dan memenuhi kehendak diri terhadap harta dunia. Ya, memang ada kisah sedih disebalik perbuatan itu tetapi manusia diberi banyak pilihan. Mungkin dia tersalah jalan dan tidak diberi bimbingan yang secukupnya. [Sangat mengasihinya dan menyayanginya, doakan yang terbaik buat saya dan dia. Kami.]


Tata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MaaF...

Salamun’alaikum.
Ringkas saja.

Menjangkakan sesuatu yang tak terjangka. Tidak terlalu berat jika sedemikian.
Maafkan saya. (Umum)
Maafkan Nisa. (Teman2 DIB KUIS)
Maafkan Anis. (Arasso)
Ohh… Ringkasnya, banyak yang kena pelajari. Terlalu sangat tidak pernah terfikir. Sebab itu fikirlah sesuatu yang tak pernah terfikir. Eh? Cenggana tu? Hehehe…J

p/s : Umur yang masih ada berbaki, kita jumpa di tempat pendaftaran mula masuk KUIS. Lebih sebulan lagi. Jumpa teman2 KUIS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suasana Baru

Kata sapaan mesra ‘Salamun’alaikum’,
Dalam ruangan dinding berkaca.
Pelaku dah kembali kesekolah.
Hehehe… Suka, teramat suka…JJJ

Berbeza suasana. Suasana sebelum ni lebih kearah Islamik yang jelas dititik beratkan.
Suasana sekarang juga begitu. Bagaimana? Diri sendiri yang memulakan.
Makin bercambah akhirnya timbullah masyarakat itu. Masih tidak faham?
Jika merasakan suasana itu kurang Islamik atau tidak selesa dengan apa yang anda mahu suasana itu, andalah yang harus memulakan untuk membentuk suasana yang baik itu…
[“Jika sesuatu tempat itu tidak ada unsur2 Islamik, kitalah yang memulakannya. Nanti masyarakat itu jiwanya kosong.”
Kata2 dipetik dari sahabat Ummi]

“Tak perlulah Alang masuk tempat itu. Dengar2nya tempat itu tidak baik.”
“Sayanglah kalau dah jadi macam ni, tiba2 nak masuk tempat itu. Sayanglah…”
“Masuklah kesana, sana lebih baik.”
[Kata2 dari orang yang ambil berat (sahabat2) yang merisaukan diri kita.
Bu Tui!
Kata Ummi “Ummi tidak risaukan Alang, Cuma orang2 persekitaran.”]

Suasana itu hanya luar. Bila kita berada dalam suasana yang kurang betul (rasa2 memang tak betul), kita perlu memikirkan cara. Memang tanggungjawab untuk menegur. Jika tidak, bahu terbeban dosa. Kenal baru sehari dua cuma, terus langsung menegah apa yang tak betul [diri ini lagi banyak tak betul], larilah teman itu. Banyak yang perlu diselami serba serbi sehingga ‘kamcing’, baru boleh tahu dasar apakah yang jadi tak betul. Bukan semua tak betul, Cuma satu dua ‘doang’. [ Umur anda panjangkah untuk menunggu masa yang sesuai? Memang terfikir tapi terjah terus lagi buruk kesannya. Ingin saja lari tanggunggungjawab itu maka pura2 tidak kenal dimasa kelak jika berjumpa, tetapi dunia ini kecil. Pusing2, jumpa eh jumpa. Niat salah, malaikat tahu. Beban dosa bertambah. ] Perlukan masa untuk selami dasar2 punca tak betul, baru ke ‘part’ yang sebetulnya…

Ni bao zhong. Zai Jian.


Hari ini ulangtahun Angah...=)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diri Sendiri


Salamun’alaikum.

Diharap semua sihat-sihat. Kalau yang sakit, makan ubat mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor. Jangan mengelat. Pahit dan tidak kena dengan selera tekak…=)

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Hurm… Mungkin kita tak suka sesuatu tempat. Rasa pelik, susah hati dan sebagainya. Tetapi seperti dalam maksud ayat Surah Al-Baqarah diatas, ada sesuatu yang kita tak tahu dan Allah Maha Mengetahui… Mungkin tidak segera sebaik memasukinya, akan datang yang kita tak tahu apa jalan ceritanya. Bersangka baik dan sentiasa harus padaNya… (Sangat semoga berjalan dijalan yang lurus)

Jangan termakan dengan kata-kata orang. Sebaiknya harus merasai pengalaman itu disesuatu tempat itu dulu. Yang baik cuba diikut, yang kurang itu pengalaman. Kita yang nak menjadi diri sendiri. Yang menjaga diri, diri sendiri. Mahu jalani kehidupan yang bagaimana, kita sendiri. Kita nak macam mana, diri sendiri. Apa-apa pun, kita harus diingatkan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Memerhati ada diatas sana… Pemilik Isi Sedunia… Seangkasa…

p/s : Suasana hati baru itu mungkin tidak sama seperti jejak sebelum ini, tetapi pelaku tak tahu apa yang Allah telah merencanakan kehidupanku di suasana baru. Tidak berputus meminta petunjukNya agar kuat.
Pabila teman berkata sesuatu. Jangan diambil kira. Kerana ‘Menunggu itu satu penyiksaan. Tidak berharap itu satu ketenangan.’
Ayuh… Kembali ke sekolah… [Ingin belajar cara hidup dan ilmu cikgu2…]


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Smile

Salamun’alaikum.
Anda pernah tersenyum. [Sakit dari kecil ke tak boleh senyum? Hehehe…=)]
Anda memang selalu senyum. Baiknya…  Ya, kerana bila senyum orang yang menerima akan rasa hangat sebab kasih sayang yang dilemparkan, walaupun tidak kenal. Sebarkan senyuman…=) [Sebelum tu, lihat-lihat kiri kanan dulu. Kot-kot suami/isteri orang/orang yang dengan dunianya sendiri a.k.a suci hati a.k.a penghuni syurga.]

"Manisnya senyuman dia." Pasti ramai yang memuji sahabat-sahabatnya sebegitu. Rezeki tidak datang bergolek, begitu juga senyuman. Boleh dikatakan bila teruji semakin diuji, senyuman pun boleh jadi lebar semakin lebar. Cuba lihat orang-orang yang suka tersenyum manis ni seperti Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nurul Izzah, Tuan Guru Hadi Awang, Lim Guan Eng, Tian Chua dan sahabat-sahabat anda sendiri. Ada aura ketika mereka senyum dan buat kita tersenyum…=)


Jumpa lagi.
Tata.
Jaga diri.
Senyuman seorang yang sudah rasai jerih perih kehidupan...=)

Senyuman juga bawa pahala...=)

Senyuman membawa warna pelangi di hati sipenerima...=)

Senyuman Ummi dan Cik Pah...=) [Semoga sembuh dengan izinNya.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kongsi

Salamun’alaikum.

Ingin bercerita tentang sahabat. Secara umum atau khusus. Sukar diklasifikasikan. Sahabat itu tempat kita berkongsi suka dan duka. Ada orang selesa berkongsi dengan ahli keluarganya. Walau tak semua.  Begitu juga sahabat. Kalau boleh, semua kisah suka dan duka ingin dikongsikan bersama. Tetapi ada kekangan tertentu yang menyebabkan beberapa hal tidak boleh dikongsi lebih-lebih lagi yang membabitkan orang lain yang tiada hubungan darah dan sangat jauh.

Bagaimana boleh tidak kongsi?

Ya, sahabat itu bukan kita sahaja yang bersahabat dengan dia. Ramai. Ramai yang bersahabat dengan dia. Siapa tidak mahu punya sahabat baik sepertinya. Bila kita tahu  sahabat kepada sahabat kita punya kisah yang sama, rasa seperti kita. Jadi, kisah yang sama itulah tak boleh dikongsi. Kerna kisahnya sama, hati berbeza. Mencari teman lain. Yang jauh yang tak pernah jumpa yang takkan tahu kisah kita sebelumnya. Kalau dicerita, pendapat teman hanya umum.

Maknanya, sahabat baik itu tidak boleh dikongsi kisah itu?

Boleh, tapi soalan pun umum. Kalau khusus, ceritanya akan jadi sedikit berbelah bahagi. Sebab sahabat baik itu juga punya sahabat-sahabat baik yang lain.

Tata.  Jaga kesihatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS